BAHAGIAN
1: PENDAHULUAN
Industri
makanan sejuk-beku (frozenfoods) dan konfeksioneri (confectionery) merupakan
bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri
seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan
sejuk-beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi
pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang
ringkas juga berkhasiat.
Perusahaan
Pau Tanjung telah dimulakan dari dapur rumah seawal tahun 2003, bermula dari
jualan terus kepada pelanggan dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga lain
yang berminat. Ekoran perusahaan pau yang banyak dipelopori oleh kaum Cina dan
bukan Islam, ianya telah menjadi salah satu sebab yang mencetuskan inspirasi
kepada pemilik untuk meneruskan perniagaan ini. Beliau mula menghadiri bengkel
keusahawan pada tahun 2005 disamping memohon bantuan peralatan dari Jabatan
Pertanian. Pada tahun 2010, perusahaan ini telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan dan akhirnya telah berpindah ke Lot Kilang IKS Parit Raja dengan
kelengkapan mesin automatic sepenuhnya. Kini, Pau Tanjung telah meningkatkan
mutu dan jenama dengan label nama Pau D’Sanjung sebagai sebuah syarikat yang
menjalankan perniagaan membuat pau sejukbeku. Permis perniagaan ini terletak di
Kilang IKS Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
VISI
Menguasai
pasaran produk halal di Malaysia menjelang tahun 2020.
MISI
·
Menembusi pasaran setiap negeri di
Malaysia dan memasarkan produk sejukbeku yang berkualiti.
·
Meningkatkan keupayaan kapasiti
pengeluaran yang mampu memenuhi permintaan pelanggan.
·
Menjaga kualiti setiap produk yang
dihasilkan bagi memastikan pengguna mendapat nilai bagi setiap ringgit yang
dikeluarkan.
BAHAGIAN
2: TUJUAN LAPORAN PERNIAGAAN
Tujuan laporan
perniagaan ini adalah seperti berikut:
·
Menyediakan laporan lengkap berkaitan
perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah dipilih oleh kumpulan
kami.
·
Sebagai sumber rujukan untuk meyakinkan
pembekal dan pelanggan akan keupayaan perniagaan.
·
Menyediakan garis panduan dan
penambahbaikan supaya syarikat ini berjalan dan berkembang dengan lebih baik di
masa hadapan.
BAHAGIAN 3: PENGURUSAN
3.1
Struktur dan Organisasi
Struktur organisasi
yang dibentuk oleh perniagaan merangkumi peringkat atasan hingga bawahan. Industri
Makanan D’Sanjung mempunyai seramai 13 orang pekerja sahaja. Secara
keseluruhannya, struktur organisasi bagi syarikat Pau D’Sanjung adalah seperti
berikut:
PENGARAH
SYARIKAT
NORHAYATI
BINTI SALLEH
|
3.2
Fungsi dan Tanggungjawab
Fungsi dan
tanggungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melicinkan perjalanan syarikat.
¢ Pengarah
Syarikat
Peneraju Syarikat
Mengkoordinasi
segala aktiviti syarikat unuk mencapai matlamat syarikat.
¢ Pengurus
Pentadbiran
Membuat pilihan yang tepat mengenai
pengambilan pekerja.
Memastikan operasi
syarikat berjalan dengan lancar.
¢ Pengurus
Kewangan
Menyediakan bajet bulanan dan bajet
tahunan.
Mengawal operasi
kewangan syarikat.
¢ Pengurus
Pemasaran
Membuat Strategi Pemasaran untuk
menaikkan jualan.
Menganalisa SWOT
analisis.
¢ Pengurus
Operasi
Mengawal aktiviti operasi syarikat.
Memberi latihan
kepada pekerja baru tentang produk syarikat
BAHAGIAN 4: TEKNIKAL & PERKHIDMATAN
4.1
Peralatan yang dimiliki.
BIL
|
PERKARA
|
1.
|
Penimbang
|
2.
|
Mesin
Penguli Tepung 25kg
|
3.
|
Mesin
Mengadun
|
4.
|
Mesin
Menginti
|
5.
|
Pengukus
|
6.
|
Peti
Sejukbeku
|
7.
|
Automatic
Duo Roller
|
Jadual
5.1 Peralatan atau Aset
4.2
Pengangkutan
Perusahaan
D’Sanjung memiliki sebuah lori dan 3 buah van untuk memudahkan segala urusan
mereka. Namun begitu, mereka masih belum mampu membuat penghantaran produk ke
negeri-negeri luar Johor ekoran kekurangan asset pengangkutan. Namun begitu,
mereka sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk membuka
premis diluar Johor dan mampu mengambil sendiri produk di kilang dengan
menawarkan kadar harga yang lebih berpatutan.
4.3 Strategi Perkhidmatan
Amalan 3s diterapkan
pada setiap pekerja agar syarikat lebih teratur dan mempercepatkan capaian:-
i. Senyum –Mempunyai
sifat selalu senyum apabila bertemu pelanggan
ii. Sabar –Melakukan
semua kerja dengan sabarapabila menghadapi masalah tertentu.
iii. Seragam-
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi
memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa
BAHAGIAN 5: PEMASARAN
5.1
Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
Industri Makanan D’Sanjung merupakan sebuah perusahaan
yang memfokuskan pada penghasilan pau sejuk beku untuk dipasarkan secara
menyeluruh kepada setiap cawangan serta outlet mereka. Perkhidmatan sewa
pengukus turut diberikan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjual pau
dengan hanya deposit sebanyak RM500 dan nilai sewaan sebanyak RM1 sehari.
Mereka turut menyediakan khidmat tunjuk ajar bagi memastikan setiap penjualan
pau di mana-mana cawangan dan outlet memenuhi citarasa asal dan berkualiti.
BIL
|
PERKARA
|
RM/UNIT
|
1.
|
Pau
Daging
|
6.60
|
2.
|
Pau
Ayam
|
6.60
|
3.
|
Pau
Bilis
|
6.60
|
4.
|
Pau
Kacang Merah
|
5.40
|
5.
|
Pau
Kaya
|
5.40
|
6.
|
Pau
Coklat
|
5.40
|
7.
|
Pau
Kelapa
|
5.40
|
Jadual 6.1 Senarai
Harga
5.2
Kumpulan Sasaran
Setiap
perniagaan pastinya memiliki kumpulan sasaran yang tersendiri bagi memasarkan
produk atau perkhidmatan mereka. Industri Makanan D’Sanjung berpotensi tinggi
kerana memiliki kumpulan sasaran yang amat luas. Antara kumpulan sasaran yang
dikenalpasti menjadi pelanggan adalah:
·
Pelajar
·
Pengguna Lebuhraya
·
Pelanggan Kompleks Membeli-belah
·
Kedai Makan atau Restoran
·
Pelawat Hospital
·
Masyarakat setempat
·
Kanak-kanak
5.3
Strategi Pemasaran
5.3.1Barangan / Produk
§ Memiliki
bungkusan yang jelas untuk difahami dengan warna yang amat menarik. Disamping
itu, produk yang ditawarkan adalah berkualiti dan setara dengan harga.
5.3.2 Promosi
§ Mengagihkan
kad perniagaan kepada pelanggan dan stokis yang berpotensi.
§ Promosi
pemasaran produk ini bukan sahaja dilakukan melalui iklan dan banner, malah
kerja-kerja mempromosikan Industri Makanan D’Sanjung turut dilaksanakan dilaman
sosial seperti facebook.
5.3.3Cawangan Atau Outlet
Industri
Makanan D’Sanjung terus menyorak langkah dengan bertambahnya bilangan stokis dan
outlet serata tempat di dalam negeri Johor.
1) R&R
Machap Utara
2) R&R
Machap Selatan
3) R&R
Yong Peng Arah Utara PLUS
4) Ixora
Café @ R&R Pandan
5) Chamek
Oasis Johorport
6) Wisma
Café Johorport
7) Town
Shappe Hospital Penawar
8) Café
Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
9) Oldbread
Bakery
10) Restoran
Elly Taman Cahaya Masai
11) Restoran
Kuali Emas Taman Megah Ria, Kota Putri
12) Restoran
AVS @ Today Mall Ulu Tiram, Johor
13) Restoran
E&Y Taman Daya
14) Restoran
E&Y Stulang Laut
15) Restoran
Jumaat @ Exit Tol Simpang Renggam- Jalan Benut
16) Umiey
Café @ Jalan Bechang Kota Masai
17) Wadira
Corner, Jalan Kota Tinggi-Mersing
18) Gerai
Rojak Pak Adam Jalan Kulai Kota Tinggi
19) Warung
Warisan R&Z Taman Molek Johor Bahru
20) Cengkih
Café Tatapan Selerra @ Port Tanjung Pelepas, Gelang Patah
21) Kedai
Cendol Durian Borhan Kota Tinggi
22) Dina’s
Family Kg Pasir Putih
23) RTC
Terminal Bas Kulaijaya
24) Taman
Puteri Bersebelahan Masjid Ar-Rahman
25) Selera
Puteri SMK Pasir Gudang 1
26) Maahad
Johor
27) UiTM
Seri Alam
28) UTHM
Parit Raya, Batu Pahat
29) Pau
Tanjung @ Putu Bamboo Juriah Ayer Hitam
30) Zarahman
Petron Masai
31) Bahulu
Montel Selera Johor Larkin
32) Pasar
Awam Larkin
33) Mahanoum
Larkin Central
34) Suka-suka
Café Holiday Plaza
35) AEON
Tebrau City
36) Danga
City Mall
BAHAGIAN
6: CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN
6.1
KILANG & MESIN
1.
Saiz kilang diperbesarkan dengan susun
atur yang lebih sistematik. Kita sedia maklum bahawa ruang kilang pada masa
kini amat terhad sehingga D’Sanjung terpaksa menempatkan stor dibangunan lain.
Kelebihan
idea memperbesarkan kilang.
·
Proses pengeluaran yang lebih lancar.
·
Menjimatkan masa penghasilan produk.
·
Pengaliran udara yang lebih baik.
·
Jimat tenaga kerja penghantaran dari
satu tempat proses ke tempat proses yang lain.
·
Jimat kos menggaji tenaga kerja.
Kekurangan
atau masalah
·
Kos yang mahal untuk melakukan kerja
penyusunan aturan semula.
2.
Menggunakan mesin yang mempunyai fungsi
auto packing.
Kelebihan
mesin auto packing.
·
Menjimatkan masa pembungkusan.
·
Menjimatkan tenaga kerja.
·
Mengurangkan kos menggaji tenaga kerja.
Kekurangan
atau masalah
·
Harga mesin yang mahal.
6.2
PEMBUATAN PAU
1.
Bentuk yang unik dan menarik khusus
untuk menarik minat kanak-kanak. Contohnya; berbentuk siri animasi kartun
kegemaran ramai.
6.3
PEMASARAN
1.
Website. Menyediakan laman web D’Sanjung
yang boleh dicapai oleh semua orang. Segala urusan order, pengurusan cawangan
dan outlet dilakukan oleh kakitangan yang mahir.
2.
Tagline yang menarik. Contohnya, ‘Pau
D’Sanjung, makan sekali pasti nak lagi’
3.
System pengurusan yang lebih teratur.
Front desk.
4.
Iklan dan promosi kepada sesiapa yang
berminat menjadi agen atau stokis.
PENUTUP
Industri
Makanan D’Sanjung merupakan nama yang tidak asing lagi bagi rakyat di negeri
Johor. Bermula dari usaha dari rumah, pemilik telah membuktikan bahawa kejayaan
beliau pada hari telah melalui berbagai dugaan dan cabaran. Jika dulu, beliau
bangun seawal jam 4pagi bagi menyediakan pau segar untuk dijual dan pau itu
hanya mampu bertahan lewat 12 jam tempoh pau dikukus. Namun kini, beliau telah
memiliki kilang dan kakitangan sendiri serta mampu menghasilkan pau dengan
kualiti yang tinggi dan tahan lebih lama sehingga hampir tempoh 6bulan.
Perusahaan makanan amat rumit dan berisiko tinggi, pemilik telah menunjukkan
salah satu contoh terbaik buat usahawan-usahawan muda yang baru mahu mencuba
dalam bidang ini.