LAPORAN PERNIAGAAN (D'SANJUNG)

BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN

Industri makanan sejuk-beku (frozenfoods) dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan sejuk-beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.

Perusahaan Pau Tanjung telah dimulakan dari dapur rumah seawal tahun 2003, bermula dari jualan terus kepada pelanggan dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga lain yang berminat. Ekoran perusahaan pau yang banyak dipelopori oleh kaum Cina dan bukan Islam, ianya telah menjadi salah satu sebab yang mencetuskan inspirasi kepada pemilik untuk meneruskan perniagaan ini. Beliau mula menghadiri bengkel keusahawan pada tahun 2005 disamping memohon bantuan peralatan dari Jabatan Pertanian. Pada tahun 2010, perusahaan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan akhirnya telah berpindah ke Lot Kilang IKS Parit Raja dengan kelengkapan mesin automatic sepenuhnya. Kini, Pau Tanjung telah meningkatkan mutu dan jenama dengan label nama Pau D’Sanjung sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan membuat pau sejukbeku. Permis perniagaan ini terletak di Kilang IKS Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
  
VISI
Menguasai pasaran produk halal di Malaysia menjelang tahun 2020.

MISI
·         Menembusi pasaran setiap negeri di Malaysia dan memasarkan produk sejukbeku yang berkualiti.
·         Meningkatkan keupayaan kapasiti pengeluaran yang mampu memenuhi permintaan pelanggan.
·         Menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan bagi memastikan pengguna mendapat nilai bagi setiap ringgit yang dikeluarkan.

BAHAGIAN 2: TUJUAN LAPORAN PERNIAGAAN

Tujuan laporan perniagaan ini adalah seperti berikut:
·         Menyediakan laporan lengkap berkaitan perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah dipilih oleh kumpulan kami.
·         Sebagai sumber rujukan untuk meyakinkan pembekal dan pelanggan akan keupayaan perniagaan.
·         Menyediakan garis panduan dan penambahbaikan supaya syarikat ini berjalan dan berkembang dengan lebih baik di masa hadapan.


BAHAGIAN 3: PENGURUSAN
3.1 Struktur dan Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan merangkumi peringkat atasan hingga bawahan. Industri Makanan D’Sanjung mempunyai seramai 13 orang pekerja sahaja. Secara keseluruhannya, struktur organisasi bagi syarikat Pau D’Sanjung adalah seperti berikut:



PENGARAH SYARIKAT
NORHAYATI BINTI SALLEH


BAHAGIAN PENTADBIRAN

PEMBUATAN INTI

BAHAGIAN OPERASI

PEMBUATAN PAU

BAHAGIAN KEWANGAN

BAHAGIAN PEMASARAN
 

3.2 Fungsi dan Tanggungjawab
Fungsi dan tanggungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melicinkan perjalanan syarikat.
¢  Pengarah Syarikat
Peneraju Syarikat
Mengkoordinasi segala aktiviti syarikat unuk mencapai matlamat syarikat.
¢  Pengurus Pentadbiran
Membuat pilihan yang tepat mengenai pengambilan pekerja.
Memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar.
¢  Pengurus Kewangan
Menyediakan bajet bulanan dan bajet tahunan.
Mengawal operasi kewangan syarikat.
¢  Pengurus Pemasaran 
Membuat Strategi Pemasaran untuk menaikkan jualan.
Menganalisa SWOT analisis.
¢  Pengurus Operasi
Mengawal aktiviti operasi syarikat.
Memberi latihan kepada pekerja baru tentang produk syarikat

BAHAGIAN 4: TEKNIKAL & PERKHIDMATAN
4.1 Peralatan yang dimiliki.

BIL
PERKARA
1.
Penimbang
2.
Mesin Penguli Tepung 25kg
3.
Mesin Mengadun
4.
Mesin Menginti
5.
Pengukus
6.
Peti Sejukbeku
7.
Automatic Duo Roller
Jadual 5.1 Peralatan atau Aset

4.2 Pengangkutan
Perusahaan D’Sanjung memiliki sebuah lori dan 3 buah van untuk memudahkan segala urusan mereka. Namun begitu, mereka masih belum mampu membuat penghantaran produk ke negeri-negeri luar Johor ekoran kekurangan asset pengangkutan. Namun begitu, mereka sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk membuka premis diluar Johor dan mampu mengambil sendiri produk di kilang dengan menawarkan kadar harga yang lebih berpatutan.

4.3 Strategi Perkhidmatan
Amalan 3s diterapkan pada setiap pekerja agar syarikat lebih teratur dan mempercepatkan capaian:-
i. Senyum –Mempunyai sifat selalu senyum apabila bertemu pelanggan  
ii. Sabar –Melakukan semua kerja dengan sabarapabila menghadapi masalah tertentu. 
iii. Seragam- Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa

BAHAGIAN 5: PEMASARAN
5.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
            Industri Makanan D’Sanjung merupakan sebuah perusahaan yang memfokuskan pada penghasilan pau sejuk beku untuk dipasarkan secara menyeluruh kepada setiap cawangan serta outlet mereka. Perkhidmatan sewa pengukus turut diberikan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjual pau dengan hanya deposit sebanyak RM500 dan nilai sewaan sebanyak RM1 sehari. Mereka turut menyediakan khidmat tunjuk ajar bagi memastikan setiap penjualan pau di mana-mana cawangan dan outlet memenuhi citarasa asal dan berkualiti.
BIL
PERKARA
RM/UNIT
1.
Pau Daging
6.60
2.
Pau Ayam
6.60
3.
Pau Bilis
6.60
4.
Pau Kacang Merah
5.40
5.
Pau Kaya
5.40
6.
Pau Coklat
5.40
7.
Pau Kelapa
5.40
                                                Jadual 6.1 Senarai Harga
5.2 Kumpulan Sasaran
Setiap perniagaan pastinya memiliki kumpulan sasaran yang tersendiri bagi memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Industri Makanan D’Sanjung berpotensi tinggi kerana memiliki kumpulan sasaran yang amat luas. Antara kumpulan sasaran yang dikenalpasti menjadi pelanggan adalah:
·         Pelajar
·         Pengguna Lebuhraya
·         Pelanggan Kompleks Membeli-belah
·         Kedai Makan atau Restoran
·         Pelawat Hospital
·         Masyarakat setempat
·         Kanak-kanak
5.3 Strategi Pemasaran
5.3.1Barangan / Produk
§  Memiliki bungkusan yang jelas untuk difahami dengan warna yang amat menarik. Disamping itu, produk yang ditawarkan adalah berkualiti dan setara dengan harga.

5.3.2 Promosi
§  Mengagihkan kad perniagaan kepada pelanggan dan stokis yang berpotensi.
§  Promosi pemasaran produk ini bukan sahaja dilakukan melalui iklan dan banner, malah kerja-kerja mempromosikan Industri Makanan D’Sanjung turut dilaksanakan dilaman sosial seperti facebook.

5.3.3Cawangan Atau Outlet
Industri Makanan D’Sanjung terus menyorak langkah dengan bertambahnya bilangan stokis dan outlet serata tempat di dalam negeri Johor.

1)      R&R Machap Utara
2)      R&R Machap Selatan
3)      R&R Yong Peng Arah Utara PLUS
4)      Ixora Café @ R&R Pandan
5)      Chamek Oasis Johorport
6)      Wisma Café Johorport
7)      Town Shappe Hospital Penawar
8)      Café Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
9)      Oldbread Bakery
10)  Restoran Elly Taman Cahaya Masai
11)  Restoran Kuali Emas Taman Megah Ria, Kota Putri
12)  Restoran AVS @ Today Mall Ulu Tiram, Johor
13)  Restoran E&Y Taman Daya
14)  Restoran E&Y Stulang Laut
15)  Restoran Jumaat @ Exit Tol Simpang Renggam- Jalan Benut
16)  Umiey Café @ Jalan Bechang Kota Masai
17)  Wadira Corner, Jalan Kota Tinggi-Mersing
18)  Gerai Rojak Pak Adam Jalan Kulai Kota Tinggi
19)  Warung Warisan R&Z Taman Molek Johor Bahru
20)  Cengkih Café Tatapan Selerra @ Port Tanjung Pelepas, Gelang Patah
21)  Kedai Cendol Durian Borhan Kota Tinggi
22)  Dina’s Family Kg Pasir Putih
23)  RTC Terminal Bas Kulaijaya
24)  Taman Puteri Bersebelahan Masjid Ar-Rahman
25)  Selera Puteri SMK Pasir Gudang 1
26)  Maahad Johor
27)  UiTM Seri Alam
28)  UTHM Parit Raya, Batu Pahat
29)  Pau Tanjung @ Putu Bamboo Juriah Ayer Hitam
30)  Zarahman Petron Masai
31)  Bahulu Montel Selera Johor Larkin
32)  Pasar Awam Larkin
33)  Mahanoum Larkin Central
34)  Suka-suka Café Holiday Plaza
35)  AEON Tebrau City
36)  Danga City Mall

BAHAGIAN 6: CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN
6.1 KILANG & MESIN
1.      Saiz kilang diperbesarkan dengan susun atur yang lebih sistematik. Kita sedia maklum bahawa ruang kilang pada masa kini amat terhad sehingga D’Sanjung terpaksa menempatkan stor dibangunan lain.

Kelebihan idea memperbesarkan kilang.
·         Proses pengeluaran yang lebih lancar.
·         Menjimatkan masa penghasilan produk.
·         Pengaliran udara yang lebih baik.
·         Jimat tenaga kerja penghantaran dari satu tempat proses ke tempat proses yang lain.
·         Jimat kos menggaji tenaga kerja.
Kekurangan atau masalah
·         Kos yang mahal untuk melakukan kerja penyusunan aturan semula.

2.      Menggunakan mesin yang mempunyai fungsi auto packing.

Kelebihan mesin auto packing.
·         Menjimatkan masa pembungkusan.
·         Menjimatkan tenaga kerja.
·         Mengurangkan kos menggaji tenaga kerja.
Kekurangan atau masalah
·         Harga mesin yang mahal.

6.2 PEMBUATAN PAU
1.      Bentuk yang unik dan menarik khusus untuk menarik minat kanak-kanak. Contohnya; berbentuk siri animasi kartun kegemaran ramai.

6.3 PEMASARAN
1.      Website. Menyediakan laman web D’Sanjung yang boleh dicapai oleh semua orang. Segala urusan order, pengurusan cawangan dan outlet dilakukan oleh kakitangan yang mahir.
2.      Tagline yang menarik. Contohnya, ‘Pau D’Sanjung, makan sekali pasti nak lagi’
3.      System pengurusan yang lebih teratur. Front desk.
4.      Iklan dan promosi kepada sesiapa yang berminat menjadi agen atau stokis.

 PENUTUP
Industri Makanan D’Sanjung merupakan nama yang tidak asing lagi bagi rakyat di negeri Johor. Bermula dari usaha dari rumah, pemilik telah membuktikan bahawa kejayaan beliau pada hari telah melalui berbagai dugaan dan cabaran. Jika dulu, beliau bangun seawal jam 4pagi bagi menyediakan pau segar untuk dijual dan pau itu hanya mampu bertahan lewat 12 jam tempoh pau dikukus. Namun kini, beliau telah memiliki kilang dan kakitangan sendiri serta mampu menghasilkan pau dengan kualiti yang tinggi dan tahan lebih lama sehingga hampir tempoh 6bulan. Perusahaan makanan amat rumit dan berisiko tinggi, pemilik telah menunjukkan salah satu contoh terbaik buat usahawan-usahawan muda yang baru mahu mencuba dalam bidang ini.














No comments:

Post a Comment