ABSTRAK
Poland
merupakan antara salah satu negara yang berada di Eropah Tengah. Meskipun
masyarakat Islam disana kurang menonjol dan terkenal, namun mereka juga
mempunyai sejarah dan latar belakang yang menarik. Pembentangan ini bertujuan untuk
memperkenalkan masyarakat ini dari sudut sejarah kehadiran mereka di Poland dan
menerangkan secara terperinci tentang masyarakat Islam peribumi Poland dalam
segenap konteks dan sumber. Di samping itu, ini juga bertujuan mengetengahkan
keadaan dan situasi yang mereka alami pada hari ini.
Keywords:
Masyarakat
Tatar, minority Islam, Ad-Deen
PENGENALAN
Perkataan
Islam berasal dari bahasa Arab iaitu “Salima” bererti selamat sentosa atau
kedamaian. Dari perkataan “Salima” itu ini dibentuk perkataan “Aslama” yang
bermaksud memelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia bererti juga menyerah
diri, tunduk patuh dan taat. Perkataan ”Aslama” inilah yang menjadi pokok asas
kepada perkataan Islam iaitu “Salima-Aslama-Yuslimu”, yang membawa erti
menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu. Contohnya dapat dilihat dari
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Ketika
Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku
telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini”. (Al Baqarah : 131)
Islam
berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan “Islam” tidak
mempunyai hubung kait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau
tempat-tempat tertentu. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmah
tertinggi dari Allah s.w.t. maka Islam disebut sebagai agama wahyu. Dari segi
pemilihan nama, “Islam” merupakan nama istemewa yang diberikan oleh Allah
kepada Dinnya. Al-Quran sebagai kalam Allah s.w.t. menyebut “Islam” sebagai
Al-Islam (makrifah) untuk ditujukan kepada agama suci ini. Di antaranya
ayat-ayat tersebut ialah: Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanya
Islam”. (Ali Imran : 19)
“Barang
siapa mencari agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima(agama itu)”
(Ali Imran : 85). “Pada hari ini telah
aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan
telah Ku redha Islam itu menjadi agamamu” (Al Maidah : 3). “Dia yang mengutuskan RasulNya(dengan
membawa) petunjuk(AL-Quran) dan agamayang benar untuk dimenangkanNya atas
segala agama, walaupun orang-orang musyrik membenciNya”(Al Taubah : 33).
Definisi Islam menurut istilah/syarak.
a) Islam
bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh kesedaran dan
kerelaaan tanpa paksaan (Ibid). Penyerahan secara terpaksa bukanlah bidang yang
dibicarakan di sini, kerana penyerahan secara itu tidak akan mendatangkan
balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuat pilihan yang mengakibatkan
mereka akan ke syurga atau ke neraka. Sama ada mereka tergolong yang beruntung
ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk makhluk
manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Barang siapa mencari agama selain Islam,
tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang
rugi” (Ali Imran : 85).
b) Islam
adalah peraturan hidup (way of life), peraturan yang bersifat intergral dan mengatur
hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidup ini
terkandung didalam al kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhNya iaitu
dalam kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan yang baik bagi
seluruh manusia.
Manusia tidak akan sesat
selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti mana sabda Rasulullah
s.a.w. sendiri yang bermaksud:
“Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu
berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul” (Riwayat
Bukhari).
c)
Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah
s.a.w. Jibril datang bertanya Rasulullah s.a.w. tentang Islam : “Ceritakan
padaku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah s.a.w menjawab: Kau mengakui
tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitullah
jika engkau kuasa”(Riwayat Bukhari) Jibril membenarkan keterangan Rasulullah
s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w. telah menerangkan
beberapa asas penting.
Pengertian Ad-Din
a1. Menurut pendapat Ibn Faris dalam bukunya
“Maqayis al Luqhah” perkataan Ad-Din merupakan perkataan buku yang mempunyai
banyak erti diantaranya ialah pasrah, menyerah, tunduk, perhitungan dan
lain-lain. Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan agama boleh diertikan
kepada Ad-Din.
b2. Perkataan ‘Din’ (dalam bentuk nakirah)
bererti suatu cara hidup, sedang Ad-Din (dalam bentuk makrifah) bermaksud, cara
hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia merupakan suatu yang khusus
terdapat di dalam Al Quran. Walau bagaimanapun perkataan Din apabila
dirangkaikan dengan perkataan Allah Al haq seperti dinullah, dinulhaq maka ia
bereti agama yang datang dari Allah atau agama yang benar.
c3. Perkataan Din apabila dilihat sebagai suatu
istilah yang khusus dalam Al Quran ia merangkumi seluruh aspek kehidupan
manusia di dunia dan akhirat, ia merupakan suatu istilah yang terdiri daripada
empat bahagian: Kekuasaan yang maha mutlak (Allah s.w.t.). Penyerahan diri
lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetian kepada kekuasaan yang
maha mutlak. Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaannya.
Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.
Keempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh
Allah s.w.t. terhadap “Dinulhaq” yang mana ia mengandungi tiga ciri terpenting:
Iman kepada Allah, sebagai yang mutlak kekuasaanNya, dimana setiap muslim
menyerah bulat kepada kekuasaaNya. Iman kepada hari kemudian (akhirat), ia
merupakan hari dimana Allah melimpahkan anugerah dan kurniaNya, juga menimpa
azab dan derita. Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
1. PENDAHULUAN
Polandia (dalam bahasa Polski Polska) adalah sebuah negara republik di Eropah Tengah yang dikelilingi dengan Negara German, Republik Czech,
Slovakia, Ukraine, Belarus dan Lithunia. Di eropah, Poland merupakan negara
yang paling banyak menerima pelarian Checnya. Pelarian Chechnya merupakan anak
bangsa daerah Republik Chechnya. Rusia telah melancarkan serangan ke atas
Republik Chechnya kerana disebabkan proklamasi kemerdekaan. Etnik Chechnya
adalah salah satu etnik yang berada di kawasan Kaukasus yang kemudian dikuasai
oleh Soviet Union. Rusia berniat untuk menguasai daerah Chechnya kerana
kawasannya kaya dengan minyak da menolak proklamasi kemerdekaan bangsa itu.
Dengan konflik yang masih berakhir di Chechnya menyebabkan penghijrahan
beramai-ramai warga Chechnya ke Poland.
Disebabkan kekurangan tempat
kem pelarian, kebanyakan mereka memilih untuk mencari pekerjaan di luar kem
untuk meneruskan kehidupan (atas galakan kerajaan Poland sendiri). Kebanyakan
mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, tiada makanan, sukar untuk
bergerak mengruskan kehidupan harian kerana ketiadaan duit dan memerlukan
bantuan kewangan untuk keperluan harian. Masyarakat islam di Poland semakin
berkembang dari tahun ke tahun. Tiada statistik rasmi berkenaan jumlah orang
islam di sana. Secara amnya, 80% daripada umat islam di Poland adalah dari
kalangan imigran yang menetap di Poland. Kebanyakannya adalah pelarian Chechnya
dan juga pelarian Syria dan Iraq. Rakyat di Poland
menggunakan bahasa Poland sebagai bahasa rasmi.
2. MINORITI ISLAM DI POLAND
2.1 SEJARAH ISLAM DI POLAND
Suku
asli Tatar menetap di gurun pasir Gobi yang merangkumi sebahagian wilayah Cina
dan Mongolia pada awal abad ke-5. Namun begitu, suku Tatar Poland pula mula
menetap di Lithuania pada sekitar abad ke-14 dibawah kepimpinan seorang
bangsawan bernama Witold. Pada saat itu, sebahagian wilayah Lithuania merupakan
antara bahagian dari Poland sebelum akhirnya Lithuania menjadi sebuah negara yang
utuh pada 16 Febrauri 1918.
Suku
Tatar di Lithuania ini telah turut serta dalam beberapa siri peperangan
termasuk perang antara Poland dan Turki. Sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan
mereka, seorang raja Poland, Jan Sobieski III memberikan hadiah berupa wilayah
kepada suku Tatar pada 12 Mac 1679. Antara wilayah terbabit adalah wilayah
Grodno, Brest dan Kobryn.
Suku
Tatar bukan hanya sekadar rakyat tetapi merupakan perajurit yang profesional.
Oleh sebab itu, Raja August II dan III menghadiahkan pula sebuah wilayah kepada
mereka di kawasan Podlasie (bahagian Timur Poland) dan Grodno/Hrodna (wilayah
tersebut kini berada dalam bahagian Negara Belarus). Namun, pada saat Perang
Dunia Pertama suku Tatar telah banyak terkorban. Bahkan, perkampungan, tanah
perkuburan dan masjid mereka turut hancur.
Pada
tahun 1917 hingga 1921, beberapa ratus umat Islam dari kawasan Uni Soviet
bergabung bersama mereka yang memiliki keturunan Tatar dan hidup di wilayah
Poland. Namun begitu, pada saat Perang Dunia Kedua lebih dari 90% Muslim
Poland dari golongan intelektual berada
dibawah jajahan Uni Soviet. Mereka ditahan dan dikerahkan bekerja dikawasan
perkhemahan tentera sebelum akhirnya ramai yang mati dibunuh. Selepas Perang
Dunia Kedua, hanya sekitar dua ribu orang suku Tatar yang menetap di Poland.
Pada
masa kini, jumlah umat Islam di Poland sekitar 35-40 ribu orang dan lebih
kurang 5000 orang berkuturunan Tatar dengan secara umumnya merupakan penganut aliran
Sunni. Agama Islam tidak menonjol di Poland. Maklumlah, secara majoritinya
Poland didiami oleh penduduk Kristian Katolik.
2.2 SENI BINA ISLAM POLAND
Tidak
banyak terdapat masjid di Poland, cuma bilangan jari. Namun, seiring dengan
perkembangan jumlah penganut Islam dari Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan,
rumah-rumah ibadat Muslim dalam bentuk
surau juga pesat membangun. Masjid di Kruszyniany dan Bohoniki merupakan
dua masjid tua yang memiliki nilai sejarah yang tinggi dimana kedua-duanya
memiliki tanah perkuburan Muslim lama.
Masjid
Kruszyniany
Masjid
ini pernah hancur pada saat Perang Dunia Pertama namun pada saat Perang Dunia
Kedua ia sempat menjadi hospital terbuka bagi Jerman dan saat itulah karpet dan
permaidani Persia didalam masjid hilang dirampas. Diantara tekanan perang yang
terjadi pada saat itu, ada kejadian yang menjadi catatan sejarah apabila masjid
ini pada tahun 1944 telah dihentam bom namun bom tersebut tidak meletup dan
hanya merosakkan atap masjid. Masjid Kruszyniany dibina dengan blok dan
kemudian dilapisi papan kayu dimana dana pembinaannya ditaja oleh pemilik tanah
setempat dan keluarga Kreczowski yang jelas mempunyai sumbangan penting dalam
usaha ini. Ini bermula dimana Raja Jan Sobieski III memberikan tanah
Kruszyniany ini kepada Kolonel Samuel Murza Kreczowski.
Masjid
ini juga dibangunkan dengan perpaduan bentuk bangunan antara masjid pada
umumnya, Gereja Baroque dan rumah tradisional setempat. Dikatakan bahawa mereka
yang membangunkan masjid ini terdiri daripada masyarakat setempat dan desa
tetangga yang pernah turut serta dalam pembinaan Gereja St. Ann Orthodox di
desa Kruszyniany pada tahun 1791.
Masjid
Bohoniki
Desa
Bohoniki juga merupakan salah satu wilayah yang diberikan kepada suku Tatar
oleh Raja Jan Sobieski III. Masjid ini dibangunkan pada sekitar pertengahan
abad ke-16. Seperti Masjid Kruszyniany, Masjid Bohoniki pada Perang Dunia Kedua
juga telah menjadi hospital terbuka dan pernah mengalami kerosakan walaupun
tidak seteruk kerosakan yang dialami oleh Masjid Kruszyniany. Persamaan lain
dengan Masjid Kruszyniany adalah mimbar yang dibuat sekitar abad ke-19 dan
memiliki empat anak tangga, bangunan masjid yang dibina dari blok dan dilapisi
papan kayu. Tempat solat wanita dan lelaki juga tersedia. Perbezaan yang paling
ketara adalah Masjid Bohoniki hanya memiliki satu menara.
Tanah
Perkuburan Islam Kruszyniany
Perkuburan
Muslim ini telah ada sejak dari abad ke-17 disaat suku Tatar pertama kali tiba
di desa Kruszyniany ini. Ekoran usianya yang sudah sangat tua, beberapa batu
nisan sudah tidak dapat dibaca dengan jelas namun ditulis dalam bahasa Poland,
Arab dan Rusia. Pada masa kini, hanya kira-kira empat keluarga Tatar yang
menetap di desa Kruszyniany manakala kebanyakan dari mereka sudah berpindah ke
kota lain dan hidup menetap.
Tanah
Perkuburan Islam Bohoniki
Perkuburan
Muslim ini terletak kira-kira 400meter dari desa Bohoniki dan dibangunkan pada abad
ke-18. Kubur-kubur baru sudah mengikut gaya orang Poland dimana ia dibina dari
marmar dengan kedudukan yang tinggi dan berukuran lebar. Namun begitu, masih
ada kubur lama yang sudah tua dan tidak jelas tulisannya. Seperti di
Kruszyniany, suku Tatar di Bohoniki juga hanya tinggal empat keluarga manakala
yang lain telah berhijrah untuk bekerja di kota yang lebih besar.
2.3 PERAYAAN UMAT ISLAM
Hari raya aidilfitri di Poland
Di Poland, Ramadan masyarakat islam Poland
beramai-ramai menuju ke masjid, untuk solat tarawih serta bertadarus al-quran
dan berbuka puasa bersama. Makanan yang menjadi ciri khas berbuka adalah
makanan timur tengah. Maklum, hampir sebagian masyarakat islam disini adalah
berketurunan timur tengah. Islam di Poland menjalani puasa biasanya selama
hampir 17 jam. Hal ini kerana waktu berbuka puasa di Polandia pukul lapan malam
dan imsak pada pukul 3 subuh.
Hari Raya Idilfitri adalah hari yang paling
dinanti oleh umat islam di Poland. Setelah diumumkan di masjid Warsawa,
biasanya
Imam mengumumkan,sebelum solat
ditunaikan umat islam diingatkan untuk membayar zakat fitrah dan bersedekah
dan Solat aidilfitri akan dimulakan pada
jam 09.00 pagi. Masyarakat islam di Polandia yang keturunan Tartar menyebut
Idilfitri sebagai Hari Ramadhan Bayram (Dni Bayram Ramadhan). Bayram diambil
dari bahasa Turki yang bererti perayaan. Solat aidilfitri dilaksanakan dua kali
disebabkan keadaan masjid yang sempit dan tidak mampu menampung jemaah yang
hadir untuk menunaikan solat aidilfitri. Pada hari yang paling mulia ini, umat
islam Poland yang berusia, remaja dan kanak-kanak semua menggunakan pakaian
yang menunjukan identiti umat islam pada hari raya aidilfitri. Selesai
menuanaikan solat aidilfitri Imam akan menyampaikan khutbadalam bahasa arab dan
bahasa polandia.
Pada hari pertama aidilfitri
pengurus masjid akan mengadakan sambutan aidilfitri di masjid yang berlangsung sampai maghrib.Hari itu, seperti
musababah diri, kuiz yang bekaitan dengan ajaran islam serta pengetahuan am
berkaitan dengan polandia, makan siang bersama dan pertunjukan filem-filem
Islam.
Aidiladha di Masjid Warsawa Poland
Keadaan masjid sangat kecil sekali dibandingkan jumlah jamaah
yang hadir dengan dari negara dan bangsa yang berbeza dan keturunan dari negara
yang berbeza hari. Sholat aidiladha dimulakan pada pukul 9:10 dan khutbah
diberikan dengan menggunakan bahasa Arab. Sebelum solat dimulakan jemaah yang
hadir akandiberi sebuah buku kecil yang isinya kumpulan doa-doa seperti gambar
di bawa ini.
Selesai menunaikan solat aidiladha dan khutbah
diberikan jemaah juga akan di berikan satu bingkisan kecil yang berisinya kuih.
Kuih yang mempunyai campuran gula dan kacang. Bermula pada 15.10.13 umat islam
Poland menyambut aidil adha tanpa menunaikan ibadah penyembelihan bintang
korban atas bantahan yang dilakukan oleh jabatan hak-hak hiawan dan larangan
kontroversi berkaitan penyembelihan halal haiwan.
No comments:
Post a Comment