MINORITI ISLAM DI POLAND (part ii)

2.3  EKONOMI MASYARAKAT ISLAM

Poland adalah negara terbesar ke-9 di Eropah dan ke-66 di dunia dengan jumlah penduduk sebesar 38,5 juta jiwa, yang merupakan urutan terbesar ke-7 di Eropah. Selama ini Poland dikenal dengan industri pelancongan, tradisi masyarakat, gerakan solidaritas, dan juga sebagai tempat kelahiran Paus Paulus II. Situasi secara umum mulai pulih di Poland setelah jumlah parti yang ada di kurangi, sehingga dengan demikian kestabilan politik mula terjaga. Hal ini penting kerana untuk menciptakan situasi yang kondusif bagi perubahan yang dilakukan, iaitu dari sebuah negara dengan sistem ekonomi sosialis menjadi negara yang menggunakan sistem ekonomi pemasaran.
Dalam pembangunan melalui ekonomi, Poland melakukan nasionalisasi perusahaan-perusahaan, memperbaiki sistem perencanaan, dan meningkatkan pengembangan teknologi. Sebelum ini pertumbuhan ekonomi Poland berjalan dengan lambat, oleh itu usaha-usaha dilakukan untuk perubahan transformasi ekonomi agar ekonomi Poland berkembang dengan lebih baik, iaitu melakukan perbaikan secara menyeluruh sektor-sektor ekonomi, baik secara makro maupun mikro. Demikian disampaikan oleh Duta Besar Poland, Thomasz Lukaszuk pada acara perbincangan yang diselenggarakan oleh Central for The Europ Studies (CES).
Untuk itu pengelolaan ekonomi dilakukan dengan teratur, semua sistem ekonomi dan parameternya difokuskan pada sistem ekonomi pasar dengan melakukan pembaharuan sistem fizikal, mengembangkan sistem ekonomi terbuka, peningkatan kualiti, pengelolaan ekonomi dan negara secara efisien dan perbaikan legislasi. Dengan begitu Poland berharap akan berkembang dan menjadi pusat ekonomi Eropah.
Namun begitu, populasi masyarakat Islam di Poland hanya 1% berbanding Kristian 99%. Oleh itu, masyarakat Islam di Poland tidak dapat bersaing dengan masyarakat yang majoritinya kristian. Hanya terdapat satu kedai yang didirikan umat islam disana berbanding masyarakat Kristian yang memonopoli ekonomi di Poland. Masyarakat islam di Poland hanya berteraskan ekonomi yang dijalankan oleh negara dan majoriti masyarakatnya.
  
2.4  KETERLIBATAN UMAT ISLAM TATAR DALAM POLITIK POLAND
Menurut Emir Poplawski, imam Masjid di Warsawa, Islam tidak bermasalah dan bahkan disambut baik dengan hak dan kewajiban sosial yang sama dengan warga lainnya. Bahkan, kerana peranan yang bersejarah, Konstitusi Mei 1791 mengakui kedudukan etnik minorita Tartar yang kebanyakan Muslim dengan posisi menjadi anggota parlimen.

2.5  BIDANG PENDIDIKAN DAN PENYEBARAN ILMU ISLAM

Islam pertama datang ke Poland kira-kira 600 tahun yang lalu ketika bangsa Tatar melarikan diri dari perang saudara di negaranya. Mereka menetap di Poland dan Lithuania. Sebahagian direkrut menjadi tentera dan dibenarkan mendirikan masjid. Bangsa Tatar ini berjumlah kira-kira 200,000 dan membina beratus-ratus masjid. Secara beransur-ansur bangsa Tatar mula bercakap bahasa tempatan dan mengikuti kebiasaan-kebiasaan masyarakat Poland yang sayangnya juga mula mengabaikan agamanya. Banyak bangsa Tatar berpindah agama, berkahwin dengan wanita Poland Kristian sehingga anak-anaknya menjadi Kristian. Apalagi selepas Perang Dunia I dan sempadan Poland berubah, jumlah Muslim dan masjid berkurang sehingga kedudukan Mufti berakhir. Ketika rejim komunis mengambil alih pemerintahanan, tidak hanya merampas masjid, bahkan banyak muslim dihantar ke Siberia sebagai budak.
Kini keturunan Tatar tersisa hanya 5000 orang dan dua masjid peninggalan sejarah; di Bhuniki dan di Kruziani. Pengetahuan muslim Tatar tentang Islam sangat terhad kerana tidak ada yang membimbing dan memberikan arahan. Masjid biasanya hanya dikunjungi pada perayaan Hari Raya dan kadang digunakan sebagai tempat pertemuan budaya.
Aktiviti Islam baru bermula lagi dengan kedatangan mahasiswa Muslim dari negara-negara Arab. Mereka mendirikan Persatuan Mahasiswa Muslim Poland pada tahun 1989 dan memulakan beberapa sekolah dasar untuk anak-anak. Kini jumlah muslim di Poland dianggarkan mencapai 31.000; di antaranya 5,000 berasal dari Tatar, 25,000 pendatang dan mahasiswa, lain adalah pribumi Poland yang masuk Islam. Jumlah muslim hanya 0,07% berbanding keseluruhan penduduk Poland yang lebih dari 40 juta jiwa.

Salah satu organisasi Islam di Poland saat ini adalah Islamic Circle of Poland yang kegiatannya meliputi penerbitan buku dan buku kecil dalam bahasa tempatan, juga laman web di Internet. Organisasi ini pun menyelenggarakan kuliah untuk memperkenalkan Islam kepada nonmuslim dan mengukuhkan keimanan umat muslim sendiri. Organisasi Islam lain yang aktif adalah Persatuan Mahasiswa Muslim Poland yang telah menerbitkan sekitar 21 buku dalam bahasa Poland, termasuk Al-Quran dan Hadis. Masyarakat Muslim Poland (MZR) menumbuhkan tradisi Tatar, membina sebuah Masjid di Bialystok, mengurus pemakaman Muslim, dan mendirikan beberapa pendidikan keagamaan anak-anak Tatar. Ada juga sekolah Islam di Pjalstuka dan sekitarnya.
Tidak banyak masjid yang didirikan, terhitung ada enam Islamic Center yang memiliki fasiliti yang lengkap seperti contoh di Masjid Wroclaw. Di masjid inilah Muslim di sekitar Wrocław berkumpul untuk solat fardhu, solat Jumat, belajar bahasa Arab, belajar Islam, dan lain-lain lagi.

Di satu sudut bahagian masjid ini terdapat penterjemahan buku-buku keislaman ke dalam bahasa Poland. Termasuk di dalamnya terjemahan Al-Quran dan Hadis.  Ruangan tempat anak-anak kecil belajar Islam dan ruang kelas berada di satu sudut yang sama.  Masjid menjadi pusat aktiviti keislaman di sana. Perkembangan Islam di Poland meski terhitung lambat namun ada kemajuan. Dianggarkan setiap dua bulan ada satu warga asli Poland yang masuk Islam. Semua ini tak lepas dari usaha umat Islam yang tergabung dalam Poland Muslim League, semacam persatuan Muslim di sana.

2.6  ISU MELIBATKAN UMAT ISLAM POLAND

            Masjid yang merupakan pusat utama bagi menguruskan hal ehwal islam di Poland juga mengalami masalah kekurangan kewangan untuk menbantu menjalankan aktiviti dakwah kepada orang Islam di Poland. Dengan kekurangan aktiviti dakwah yang kurang sedikt sebanyak memberi impak yang besar yang menyebabkan kebanyakan orang Islam (Poland) tidak dapat mendalami ilmu islam dengan lebih mendalam. Tidak banyak masjid yang didirikan, terhitung ada enam Islamic Center yang memiliki fasaliti lengkap, salah satu yang terbaik da di kota Wroclaw. Masjid di Poland hanyalah berbentuk rumah yang dijadikan sebagai masjid. Di Poland, setiap masjid yang melaungkan azan tidak boleh menggunakan pembesar suara. Ini kerana pemerintah Negara tersebut tidak mengizinkan azan dilaungkan dengan kuat dan hanya boleh berkumandang di dalam masjid sahaja. Di masjid dijadikan tempat berkumpul untuk solat fardu, belajar bahasa Arab, belajar pengajian Al-Quran dan mempelajari ilmu agama.

Selain itu, kerajaan Poland mengharamkan proses penyembelihan haiwan. Golongan minorit Islam yang jumlahnya sangat kecil di Polandia berada di bawah tekanan setelah mendapat larangan ritual penyembelihan haiwan yang biasa dilakukan oleh golongan minoriti Muslim di Poland. Masyarakat Islam di Poland membatalkan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha kerana bantahan kumpulan aktivis pembela hak haiwan dan larangan menyembelih binatang. "Buat pertama kali dalam masa beratus-ratus tahun, tidak ada ibadah korban untuk sambutan hari raya di sini," kata jurucakap umat Islam, Michal Adamowicz, di Bohoniki, sebuah perkampungan masyarakat Tatar di timur Poland. Mufti Tomasz Miskiewicz berkata umat Islam di negara itu jadi seperti orang salah kerana aktiviti pembela haiwan mengadakan tunjuk perasaan membantah ibadah korban dekat sebuah masjid di kampung itu ketika mereka bersiap-siap menyembelih biri-biri. Larangan menyembelih haiwan dikenakan ke atas umat Islam di Poland sejak 1 Januari 2012 setelah mahkamah perlembagaannyaa menyifatkan amalan itu bertentangan dengan undang-undang hak haiwan. Larangan itu dikeluarkan setelah Mahkamah Konstitusi Polandia menganggap cara menyembelih haiwan yang dilakukan golongan Muslim tidak sesuai dengan undang-undang hak-hak haiwan. Pada 12 Julai 2013, Parlimen menolak rang undang-undang memansuhkan larangan tersebut dan tindakan tersebut membangkitkan kemarahan masyarakat Islam. Kesatuan Eropah menetapkan syarat semua haiwan yang disembelih perlu dikenakan renjatan elektrik bagi mengurangkan sakit tetapi syarat itu dikecualikan bagi sembelihan halal tetapi pemimpin masyarakat Islam mendakwa syarat itu mencabul hak kebebasan beragama. Umat Islam di Poland juga berhujah syarat itu tidak sah di bawah undang-undang Eropah. "Tolong hormat hak kami, tolong hormat perlembagaan dan budaya orang Islam dan warga Tatar Poland dengan cara yang bertamadun dan tidak beremosi," kata jurucakap Miskiewicz.

Di samping itu, terdapat dua hari yang penting di dalam kalender Islam iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah yang merupakan hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha. Kedua-dua tarikh ini merupakan tarikh yang penting di dalam kalender hijrah yang digunapakai oleh umat Islam di seluruh dunia. Bagi masyarakat umat Islam di Poland tarikh ini amatlah berharga dan penting bagi umat Islam itu sendiri. Di Poland, umat Islam dilarang untuk melakukan aktiviti korban pada 10 Zulhijjah iaitu hari raya Aidiladha bahkan umat Islam terpaksa bekerja dan bersekolah pada 1 Syawal merupakan hari raya Aidilfitri. Muslim Polandia dipaksa untuk tetap bekerja dan masuk sekolah atau kuliah ketika hari raya dan menunda perayaan mereka di akhir tahun.

3.PENUTUP

Poland termasuk negara yang bertolak ansur dan banyak penduduknya tidak terlalu ambil kisah akan perbezaan fahaman agama. Namun ada sebahagian orang yang terpengaruh oleh isu islamophobia yang dihembuskan oleh pihak media. Inilah yang kemudian menjadi tentangan terbesar dari Muslim di Poland serta negara Eropah lainnya.
Sebelum peristiwa 9/11, umat Islam di Eropah boleh hidup tanpa menghadapi banyak masalah. Namun saat ini mereka hidup di tengah islamophobia yang terus meningkat. Isu yang dihembuskan media bahawa Islam menekan perempuan dan boleh membunuh orang yang berlainan agama turut mempengaruhi sikap mereka terhadap Islam. Muslimah berhijab sering menjadi perhatian. Terkadang mereka menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan dari mereka menganggap khimar (tudung) adalah simbol penindasan kaum wanita. Bahkan mereka menganggap bahawa Muslimah berhijab adalah mangsa korban pemukulan dan kesewenang-wenangan suami setiap harinya.
Ibadah solat di tempat umum tidak dilarang meskipun tetap akan menjadi perhatian ramai. Sebuah berita di stesen television tempatan mengabarkan bahawa ada seorang wanita yang ketakutan melihat seorang Muslim solat di parkir kereta sebelum kemudian dia menghubungi polis. Hidup di tengah islamophobia sebenarnya banyak mengajar Muslim di sana untuk terus berupaya menunjukkan sisi Islam yang sebenarnya. 

4. RUJUKAN

·         Tabloid Media Umat Edisi 121
·         http://www.astroawani.com/berita-dunia/umat-islam-poland-batal-korban-kerana-protes-aktivis-haiwan-23924?
·         http://hizbut-tahrir.or.id/2014/02/12/islam-di-polandia-makanan-gratis-bagi-jamaah-shalat-jumat/
·         http://www.suaramedia.com/dunia-islam/2011/05/24/ muslim-di-polandia.html
·         http://www.kruszyniany.pl/index.html


No comments:

Post a Comment