FAKTOR & IMPAK GENERASI MUDA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT PATRIOTISME

ABSTRAK

Generasi muda dikatakan tidak memiliki semangat kecintaan yang mendalam terhadap negara pada masa kini. Generasi muda telah dikenal pasti sebagai salah satu tunggak utama dalam menentukan hala tuju dan pembangunan negara. Pembangunan dan kemajuan intelektual dan sahsiah generasi muda dalam kepesatan zaman teknologi  jelas merupakan cabaran utama dalam memupuk dan menyematkan rasa cinta kepada negara yang utuh. Melihat kepada senario yang dihadapi jelas mendatangkan bibit-bibit kerisauan akan nasib bangsa dan negara di masa akan datang dengan mudah sahaja penjajahan yang lebih tragedis berlaku. Malah, kemungkinan dalam satu atau generasi lagi, kehebatan dan kemakmuran bangsa dan etnik di Malaysia hanya wujud dalam lipatan sejarah. Pembentangan ini bertujuan menganalisis semangat patriotisme secara kritis berdasarkan faktor dan impaknya terhadap generasi muda. Diharap penulisan ini dapat memberikan pandangan dan input yang dapat membantu penyelidik melihat isu ini daripada perspektif yang berbeza-beza.

Keywords: Generasi muda, Impak, Faktor, Patriotisme


1. PENGENALAN

Patriotisme merupakan perkataan yang berasal dari kata ‘patriot’ dan ‘isme’ yang membawa pengertian sifat kepahlawanan atau jiwa pahlawan atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘heroism’ atau ‘patriotism’. Patriot bermaksud seseorang individu yang sangat sayang dan cinta akan tanah airnya. Generasi muda ditakrifkan sebagai  golongan anak-anak muda yang berada pada peringkat remaja hingga berumur dalam lingkungan tiga puluhan. Semangat kecintaan yang mendalam terhadap negara pula boleh diistilahkan sebagai  suatu perasaan yang teramat sayang kepada tanah air yang diduduki yang merupakan tanah tumpah darah atau negeri kelahiran kita. Manakala keadaan masa kini menggambarkan keadaan dalam sesebuah Negara dalam keadaan semasa.
Patriotik atau patriotisme membawa maksud semangat kecintaan dan sayangkan kepada negara. Ianya juga dikenali sebagai nilai nasionalisme warga sesebuah negara. Perkara ini harus difikirkan dan difahami memandangkan ianya semakin terhakis terutamanya dalam kalangan generasi muda masa kini lantaran arus perubahan semasa. Walhal ianya adalah suatu kepentingan bagi wadah murni kepada rakyat dan negara. Sikap tidak ambil kisah dan tidak peduli menjadi penyumbang kepada hakisnya sikap cintakan negara dan kurangnya nilai patriotisme yang menjadi teras penting bagi sesebuah negara.
Patriotisme dari perspektif Islam adalah tidak bercanggah dengan kehendak negara bahkan Islam menjadi teras sebagai pemacu dan penyuluh kepada menjana dan membina nilai patriotisme hakiki yang diredhai Ilahi. Sebagaimana maksud Hadis Saidina Rasulullah SAW (Kasihkan Watan merupakan sebahagian daripada iman ). Secara jelas Islam memerintahkan umatnya agar cintakan dan sayangkan tanahairnya. Begitu juga Junjungan Agung Saidina Rasulullah SAW rasa bangga dengan keturunan kearabannya dan bahasa Arab yang boleh disifatkan sebagai nasionalisme dalam makna pada hari ini. Iaitu sikap sayangkan dan rasa bangga yang tidak dilarang oleh Islam bahkan ianya menjadi tuntutan apabila Rasulullah SAW sendiri menjadi qudwah agar kasihkan bangsa dan negara tanahairnya sendiri. Iaitu taksub yang tidak membawa kepada kehancuran dan perpecahan bahkan membawa kepada kebaikan.

 2. ISI PERBINCANGAN
           
2.1 FAKTOR GENERASI MUDA KURANG SEMANGAT PATRIOTISME

Generasi muda dikatakan tidak mempunyai semangat kecintaan yang mendalam terhadap negara pada masa kini. Jika mereka tidak mempunyai semangat kecintaan yang mendalam terhadap negara,  berjayakah negara kita ini dipimpin dalam tempoh 10-tahun yang akan datang?  Mereka mungkin tidak pernah ambil tahu bahkan tidak mahu ambil tentang siapakah pemimpin terdahulu yang memerintah negara ini, Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan perkara sebegini berlaku. Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha untuk menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dalam jiwa generasi muda disamping melahirkan generasi ampuh persis pahlawan Melayu pada suatu dekad yang lalu.

2.1.1 Globalisasi dan Liberalisme
Pertama ialah era globalisasi dan liberalisme. Era globalisasi dan liberalisme merujuk kepada negara tanpa sempadan. Cabaran globalisasi menyumbang kepada kemerosotan semangat patriotisme dalam kalangan belia pada masa kini. Proses globalisasi menyebabkan berlakunya asakan liberalisasi dalam kehidupan masyarakat hari ini. Falsafah liberalisme mendukung konsep kebebasan individu tanpa kekangan sehingga menyuburkan nilai individualistik, materialistik dan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda. Hal ini amatlah bertentangan dengan ajaran islam yang menekankan aspek kerohanian serta nilai bantu- membantu antara satu sama lain. Jika nilai liberlisme terus disuntik dalam masyarakat, nilai-nilai murni sesebuah masyarakat itu akan terhapus dan akan mengakibatkan jurang yang amat besar antara mereka. Dalam kalangan pendukungan politik liberal pula sejarah dan warisan negara tidak begitu bermakna .bagi mereka, kuasa mentadbir adalah segala-galanya dan mampu menjadikannya sebagai seseorang yang berkuasa tanpa mampu menjadi seorang yang adil dan mampu memimpin rakyat ke arah kebaikan .Perlembagaan yang mengandungi ciri-ciri tradisi dan warisan serta ‘kontrak sosial’ mahu dirobek semata-mata mahu membuka ruang yang terlalu liberal sehingga menggugat perpaduan dan keutuhan negara. Sebagai contoh, konsep Malayan Union yang dahulunya ditentang habis-habisan oleh orang melayu ,kini cuba disemai kembali ke dalam masyarakat kita. Antaranya adalah kesamarataan hak dan taraf antara golongan bumiputera dan lain-lain serta penafian terhadap sistem raja berperlembagaan yang telah kita gunakan selama ini. Nilai liberalisme menjadikan sebahagian besar generasi muda hari ini menjadi keliru mengenai mana yang baik dan mana yang buruk. Ada pihak berpendapat kehidupan yang serba senang dan mewah dinikmati oleh generasi muda hari ini juga menjadi faktor.Pendapat ini ada benarnya kerana kemajuan ekonomi dan pelbagai kemajuan sosial, kemajuan internet dengan pelbagai bentuk media sosial, lambakan pelbagai barangan berjenama bersifat global serta lambakan pelbagai bentuk hiburan yang bersifat global menjadikan generasi muda alpa tentang kepentingan patriotisme serta peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara.

2.1.2 Cetek Pengetahuan Sejarah
Seterusnya pula kekurangan pengetahuan sejarah. Generasi belia dilihat jelas memiliki pengetahuan yang cetek atau kurang tentang latar belakang dan sejarah bangsanya. Keadaan ini adalah disebabkan subjek pelajaran Sejarah tidak lagi menduduki tempat yang istimewa seperti sebelum ini. Pengetahuan sejarah tidak dianggap suatu perkara penting di pasaran kerja dan tidak mendapat galakan yang sepatutnya dalam kalangan orang dewasa. Kegiatan-kegiatan yang dapat mendidik atau mendedahkan generasi muda kepada akar dan sejarah bangsanya seperti melalui pelbagai kegiatan seni dan budaya ternyata amat terhad dan ini tidak membantu memupuk kesedaran dan keinsafan terhadap nasib dan masa depan bangsa dan negara dalam kalangan mereka. Kekurangan kesedaran dan kefahaman sejarah tentu tidak membantu memupuk patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Lebih malang lagi apabila para pelajar hari ini menganggap mata pelajaran sejarah tidak sepenting mata pelajaran sains dan matematik kerana tidak mempunyai nilai komersialnya. Sejarah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman oleh para pelajar zaman dan tidak begitu sesuai pada zaman millenium ini. Tanggapan seperti inilah yang perlu diperbetulkan oleh guru-guru, para pensyarah dan pemimpin negara agar kita tidak menjadi satu bangsa hanyut yang hanya tinggal nama sahaja kerana kesedaran sejarah adalah pra-syarat kepada patriotisme. Orang yang tidak mengetahui dan memahami sejarah, sukar menjiwai semangat patriotisme.

Ada juga segelintir individu yang mempolitikkan sejarah negara demi kepentingan peribadi mereka. Mereka menggunakan sejarah bagi meraih undian dan sokongan terhadap mereka. Tindakan ini sedikit sebanyak mengakibatkan kekeliruan dalam masyarakat kerana sifat ketaksuban terhadap pemimpin yang mereka sanjungi, sehingga sanggup mempercayai kata-kata yang diberikan oleh individu tersebut. Kekadang itu ditanya kepada golongan belia adakah kenal beberapa tokoh perjuangan negara, ada yang langsung tidak kenal. Malah, ada juga individu yang cuba menafikan perjuangan seseorang tokoh dan mengangkat individu lain lebih berjasa dari pada tokoh tersebut. Ini amatlah menyedihkan. Jika ini berterusan, tidak mustahil negara yang kita cintai ini akan dijajahi semula oleh kuasa-kuasa besar yang lain dek kerana kekurangan pengetahuan sejarah dalam kalangan generasi pada masa kini.
Demi untuk memupuk semangat patriotisme, generasi muda perlulah mempelajari serta mengambil iktibar tentang apa yang telah berlaku dinegara kita sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini demikian kerana Malaysia pada beratus tahun yang lalu telah dijajah oleh kuasa luar dan telah terseksa dibawah naungan kuasa barat pada ketika itu. Rakyat peribumi telah ditindas dan dipaksa melakukan kerja kasar walaupun orang melayu pada ketika itu adalah penduduk asal Tanah Melayu dan dengan kemasukan warga Cina dan India telah memburukkan lagi keadaan. Walaupun beberapa kali melawan namun kuasa barat berjaya mengekang serta mengasingkan ketiga-tiga bangsa demi untuk mengaut keuntungan sumber daripada tanah kita. Sesungguhnya kita tidak mahu perkara yang sama yang telah berlaku berulang kepada generasi kita dan generasi yang akan datang kerana tidak semua dapat merasai nikmat kemerdekaan seperti yang kita rasai ini. Walaupun generasi kita bukanlah generasi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita hendaklah terus menerus menjaga serta meneruskan kemerdekaan ini supaya dapat dinikmati buat generasi yang akan datang.
Selain itu kita juga hendaklah menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus-lumus menggadai nyawa, masa serta seluruh kehidupan mereka demi memberi kemerdekaan kepada tanahair yang tercinta. Daripada askar, rakyat biasa mahupun tokoh politik yang memerah keringat untuk membebaskan negara kita daripada belenggu kuasa barat. Menghargai jasa mereka disini bukan bermaksud mengingati nama-nama mereka tetapi kita perlu meneruskan apa yang telah mereka usahakan dan menjaga supaya perkara pahit suatu ketika dahulu tidak akan berulang lagi. Mereka berjuang bukan sahaja menentang kuasa inggeris, namun komunis juga terpaksa mereka hadapi walaupun setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan yang diingini. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah bersyukur dengan apa yang telah kita capai dengan teknologi moden serta dihormati oleh kuasa besar walaupun telah beratus tahun bergelut untuk mencapai apa yang telah dicapai pada hari ini seperti bangunan berkembar KLCC yang menjadi mercu tanda negara kita, pengeluaran model kenderaan Proton serta Modenas yang bukan sahaja diguna pakai oleh rakyat Malaysia namun juga dieksport ke luar negara. Ini menunjukkan bahawa kita telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan berbanding negara lain di Asia Tenggara walaupun negara kita bukanlah sebuah negara yang besar.

2.1.3 Tidak Mengambil Iktibar Dari Sejarah
Seterusnya  generasi muda sekarang tidak mengambil iktibar tentang apa yang telah berlaku dinegara kita sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Negara Malaysia pada beratus tahun yang lalu telah dijajah oleh kuasa luar dan telah terseksa dibawah naungan kuasa barat pada ketika itu. Rakyat peribumi telah ditindas dan dipaksa melakukan kerja kasar walaupun orang melayu pada ketika itu adalah penduduk asal Tanah Melayu dan dengan kemasukan warga Cina dan India telah memburukkan lagi keadaan. Walaupun beberapa kali melawan namun kuasa barat berjaya mengekang serta mengasingkan ketiga-tiga bangsa demi untuk mengaut keuntungan sumber daripada tanah kita. Selain itu, generasi muda kini tidak menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus-lumus menggadai nyawa, masa serta seluruh kehidupan mereka demi memberi kemerdekaan kepada tanahair yang tercinta. Semangat patriotik tidak akan datang dengan hanya mengenali tokoh kemerdekaan tanpa menghayati perjuangan mereka.
Apabila ditanya tentang tokoh kemerdekaan mungkin ramai generasi muda dapat memberikan nama-nama mereka namun apabila aspek perjuangan diusulkan mungkin kurang daripada separuh daripada mereka yang dapat memberikan kisah perjuangan tokoh tersebut. Daripada askar, rakyat biasa mahupun tokoh politik yang memerah keringat untuk membebaskan negara kita daripada belenggu kuasa barat. Menghargai jasa mereka disini bukan bermaksud mengingati nama-nama mereka tetapi kita perlu meneruskan apa yang telah mereka usahakan dan menjaga supaya perkara pahit suatu ketika dahulu tidak akan berulang lagi. Sesungguhnya kita tidak mahu perkara yang sama yang telah berlaku berulang kepada generasi kita dan generasi yang akan datang kerana tidak semua dapat merasai nikmat kemerdekaan seperti yang kita rasai ini.
Walaupun begitu, generasi muda kita kurang pendedahan tentang perkara ini. Mereka terlalu bangga dengan apa yang telah dicapai serta terlalu terikut dengan agenda barat yang makin lama makin berkembang dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, mereka kurang berminat untuk menonton cerita melayu yang memberikan situasi pengorbanan orang melayu seperti cerita Sarjan Hassan dan Bukit Kepong tetapi lebih terdorong dengan cerita barat yang banyak terpesong daripada apa yang sebenarnya berlaku. Hal ini mungkin tampak remeh bagi sesetengah pihak namun ianya akan memberikan impak negatif yang besar dalam kalangan remaja untuk jangka masa yang lama akan datang.

2.1.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
Di samping itu, sistem pendidikan kebangsaan yang dijalankan di Malaysia juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Sebaliknya, penekanan hanya dilakukan terhadap usaha-usaha untuk melahirkan generasi yang berintelektual tanpa menyemai semangat cinta akan negara. Pada awalnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dijalankan adalah sebagai medium kepada murid supaya pandai menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M. Lanjutan daripada KBSR kementerian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993. Hal ini jelas bahawa kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peperiksaan dan bukannya penyemaian semangat cinta akan negara.
Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas. Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah berasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya. Dalam pada  itu, mata pelajaran khusus untuk memebina dan menyemai semangat nasionalis kurang diberi penekanan. Fenomena ini boleh diibaratkan sebagai sikap remaja yang alur bertempuh, jalan berturut. Jelaslah bahawa, generasi muda kurang mempunyai semangat kebangsaan disebabkan oleh sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah generasi yang cinta akan negara. Satu perangkaan sistem pelajaran yang baru perlu dibentuk bagi menanam semangat cinta akan negara sejak dari sekolah lagi kerana era globalisasi pada masa kini sangat mencabar dan mampu memecahbelahkan sesebuah negara jika rakyatnya tidak bersatu-padu.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlulah mengkaji semula dengan penubuhan Sekolah Jenis. Ini kerana kita tidak tahu, apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Segelintir mereka mungkin menyebarkan idealogi-idealogi yang tidak membawa manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Hasil kajian mungkin akan membuahkan hasil seperti melahirkan golongan muda yang akan cinta tanah air.
Sehubungan dengan itu,setiap penyakit tentu ada penawarnya. Oleh itu Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara kita. Untuk mencapai sesuatu yang tinggi, kita perlu memulakan daripada yang rendah. Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral perlu diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kesan daripada sistem pendidikan menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Sistem pendidikan yang tidak mantap merupakan satu elemen yang menipiskan nasionalisme dalam kalangan generasi kini. Sebagai contoh, para pelajar akan didedahkan mata pelajaran kenegaraan sejak peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga keperingkat pengajian tinggi. Terbuktilah bahawa segala perbuatan kita akan mencorakkan masa depan generasi kita.

2.1.5 Kehidupan Affluent
Semangat patriotik dalam kalangan belia pada masa kini menjadi isu penting yang dibahaskan. Hal ini ,demikian kerana terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan kepada kurangnya semangat cinta akan negara atau lebih dikenali sebagai semangat patriotik. Antara faktor yang menjurus kepada kurangnya semangat patriotik adalah kehidupan Affluent yang dinikmati oleh belia pada masa kini. Kehidupan Affluent adalah suatu kehidupan yang serba senang dan mudah. Kehidupan Affluent ini menjadi satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan atau mengalpakan generasi muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya atau peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Mereka mungkin asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan dan kemewahan hidup demikian sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan bangsanya, atau beranggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka.
Kehidupan yang serba senang dan mudah dalam kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan/mengalpakan generasi muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Mereka mungkin asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan dan kemewahan hidup demikian sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan bangsanya, atau beranggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka.

Kewujudan pelbagai dasar yang telah membantu menjadikan negara aman dan makmur menyebabkan generasi muda masa kini tidak merasai masalah yang dihadapi oleh generasi lama  yang telah bertungkus lumus memastikan keadaan negara aman dan makmur. Keadaan hidup masa kini yang menunjukkan negara berada dalam keadaan aman dan makmur menyebabkan anak-anak muda berada dalam keadaan selesa dan berasa tidak perlu untuk mengambil tahu tentang keadaan negara. Sejak merdeka, pemimpin kita telah dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara melalui pelbagai dasar yang telah diwujudkan seperti Dasar Ekonomi Baru, Amalan Bersih Cekap dan Amanah, Perlembagaan Malaysia yang utuh, Akta Keselamatan Negara yang mantap melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dasar Penswastaan yang membawa impak besar kepada perkembangan ekonomi Negara, Dasar Pandang Ke Timur yang telah menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara dan lain-lain dasar yang telah diwujudkan oleh para pemimpin kita. Oleh itu, generasi masa kini kurang merasai cabaran dan dugaan serta keperitan yang pernah dialami generasi lama pada zaman dahulu. Hal ini menyebabkan mereka hidup dalam kesenangan dan tidak pernah memikirkan soal pembangunan negara dan bangsa.

2.1.6 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan pada masa kini tidak lagi menjadi bahasa kegunaan ramai kerana generasi muda masa kini lebih gemar menggunakan bahasa rojak seperti mencampur adukkan bahasa tanpa ilmu pengetahuan, contohnya, bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Contohnya, perkataan ‘Infotainmen’, gabungan daripada Informasi dan Entertainment yang pernah digunakan oleh RTM suatu ketika dahulu di media massa pernah menjadi isu yang hangat dibahaskan oleh rakyat Negara kita. Di samping itu, kewujudan sistem telekomunikasi canggih melalui telefon bimbit menjadikan generasi muda masa kini semakin jauh daripada menggunakan bahasa kebangsaaan kerana komunikasi mereka menjadi lebih ringkas dengan penggunaan bahasa dan gaya yang semberono.  Oleh itu, generasi masa kini lebih sukar di didik untuk mencintai negara melalui bahasa kebangsaan.  Peranan Bahasa Kebangsaaan sebagai entiti penting untuk mewujudkan generasi masa kini yang cintakan negara semakin terancam.

2.1.7 Sikap Individual dan Materialistik
Golongan pelajar adalah satu golongan yang besar. Apabila dihalusi, istilah besar ini membawa erti yang luas jika diambil kira bahawa golongan ini juga adalah golongan yang paling berpengaruh kerana pelajarlah yang mewakili masa depan negara. Identiti negara dan penerus budayanya adalah dicorakkan oleh pelajar hari ini. Dalam pada itu, golongan pelajar merupakan golongan yang senang dipengaruhi dan mudah dicabar. 

Tanpa bimbingan mereka senang menjadi sasaran bermacam-macam unsur negatif yang sudah pasti timbul selari dengan perubahan yang berlaku. Tanda-tanda ini telah banyak kelihatan dan yang ketara ialah tingkah laku yang bercorak jenayah, penyalahgunaan dadah, bersikap mengagungkan nilai-nilai luaran dan memandang rendah unsur-unsur dalam negara, bersikap tidak apa dan lain-lain. Begitu juga, sikap individual dan materialistik yang menjadi aliran hidup masa kini seolah-olah menyekat perkembangan sikap dan semangat patriotisme. Era kepesatan ekonomi masa kini seolah-olah menarik seluruh tenaga dan fikiran umum ke arah yang bercorak materialistik. Daripada tinjauan rambang ke atas remaja di Kuala Lumpur, kebanyakan mereka mengaku semangat patriotisme tidak wujud lagi. Kalau ada pun peratusnya sedikit sekali (Fahda Nur Akma, 1995).

Mutakhir ini, didapati keterlibatan remaja atau pelajar sekolah dalam jenayah adalah akibat lunturnya nilai-nilai patriotisme. Kurangnya semangat patriotik di kalangan generasi muda hari ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sebahagian daripada mereka lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat dalam budaya hedonisme (mementingkan hiburan atau keseronokan) kerana jiwa mereka kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Hal ini mungkin disebabkan salah satu faktornya, iaitu kurangnya pendedahan terhadap patriotisme yang diterima atau jika banyak pun, kurang berkesan (Ahmad Ahmad Rusdi, 2002).

2.1.8 Pengaruh Budaya Barat
Pengaruh dunia barat pada masa kini yang mendorong ke arah negativiti terutama sekali terhadap pengambilan narkoba dan alkohol. Generasi muda sekarang cenderung kepada pengambilan barang larangan dan terikut-ikut budaya barat yang jauh menyimpang dengan budaya masyarakat kita di Malaysia pada masa dahulu yang penuh dengan kesantunan dan tatasusila. Apabila pengaruh barat mula meresap ke dalam masyarakat Malaysia melalui kebanjiran produk-produk mereka maka generasi muda mula mengamalkan gejala kehidupan malam yang melampau dan melewati batas. Budaya ini menyebabkan generasi muda menjadi tidak terkawal dan dipengaruhi dengan pengaruh perasaan ataupun perkembangan emosi dan fizikal yang tidak menentu. Hal ini akan mengakibatkan generasi muda mudah melakukan jenayah. Disamping itu, pengaruh hedonism yang dibawa oleh barat juga telah menyebabkan anak-anak muda masa kini leka dengan hiburan. Ini menyukarkan lagi kewujudan dan penyerapan rasa cinta dan jati diri dalam diri anak-anak muda tersebut sehingga mereka tidak lagi mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap negara.

2.1.9 Penghayatan Terhadap Rukun Negara
Kurang memahami lima konsep prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang- undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Hal ini demikian kerana setiap rukun yang dicipta mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan rukun negara yang diciptakan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat dinegara ini. Sebagai contoh, rukun negara pertama menekankan supaya rakyatnya mempercayai dengan kewujudan tuhan. Walaupun berbeza agama, namun sesungguhnya setiap ajaran agama menekankan supaya penganutnya memupuk rasa sayang terhadap negara masing-masing dengan cara mempertahankan kedaulatan negara tersebut dari dijajah oleh anasir yang tidak sepatutnya yang bertujuan mencabuli hak kita sebagai rakyat.
Seterusnya rukun negara juga menekankan supaya kita setia serta menghormati raja dan negara yang kita diami dan juga mempertahankan perlembagaan yang telah tersedia demi kebaikan bersama. Selain itu, rakyat juga bertanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang negara dengan cara mematuhi undang-undang yang telah termaktub sejak dari dulu. Pun begitu, generasi muda kita tidak memandang perkara ini dengan serius kerana telah merasa selesa dengan apa yang dicapai. Mereka tidak menghayati konsep sebenar rukun negara dan menganggap perkara ini merupakan perkara yang remeh. Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana ramai anak muda yang tidak dapat mengenalpasti kelima-lima rukun negara yang telah termaktub apatah lagi untuk menghayati makna sebenar yang tersirat disebalik rukun negara itu. Bagi mereka, kemerdekaan yang telah dicapai ini akan berkekalan untuk selamanya tanpa perlu sebarang penghayatan kerana kita telah hidup dengan aman tanpa dijajah oleh kuasa asing lagi. Walhal kuasa luar telah menyuntik budaya mereka kedalam budaya muda kita secara perlahan-lahan tanpa mereka sedari.

2.1.10 Pemimpin Sebagai Contoh Tauladan
Seterusnya, punca kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan remaja kini adalah kurangnya contoh dan teladan dalam kalangan pemimpin. Dengan adanya contoh yang baik daripada barisan pemimpin, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Namun begitu, hal ini tidak berlaku seperti yang diharapkan kerana mereka terlalu taksub dan hanya memimpin untuk mencapai kepentingan mereka sendiri tanpa menerapkan unsur patriotisme dalam kepimpinan mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik telah terbantut kerana sikap pemimpin itu sendiri yang memimpin secara membuta tuli.
Pemimpin yang dimaksudkan disini bukan sahaja pemimpin negara, bahkan semua pemimpin atau ketua sebuah jabatan, kampung mahupun institusi pendidikan perlulah menerapkan semangat patriotisme dalam kepimpinan mereka. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Malangnya, perkara ini menjadi sebaliknya. Semangat patriotik telah gagal dipupuk dalam kalangan remaja, sehinggakan mereka tidak mempunyai perasaan cintakan negara seterusnya menyebabkan mereka hilang jatidiri.
                                                                                        
2.1.11 Keghairahan Media Massa
Media massa baik media bercetak mahupun elektronik memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. Hal ini kerana modus operandi yang diambil oleh Kementerian Penerangan untuk menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsurkan penerangan semangat kebangsaan bertepatan sekali dan patut diberi pujian. Usaha ini dapat diimplementasikan secara berkesan lagi melalui bantuan orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Melalui saluran daripada media massa golongan muda juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup orang dahulu yang berada di bawah naungan kuasa penjajah. Berpegang pada prinsip biar mati seperti kutu,jangan mati seperti tuma, stesyen televisyen  perlu menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa media masa memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. Tetapi, ada segelintir manusia sanggup menyalah guna media tersebut dengan menyebarkan fitnah yang tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan kekecohan antara rakyat.

2.1.12 Kurangnya Gerakan (NGO)
Nilai-nilai patriotisme kini semakin terancam dan terhakis terutama dalam kalangan generasi muda yang agak membimbangkan bagi masa depan negara kelak sekiranya kurang gerakan badan-badan bukan kerajaan bagi membangkitkan kesedaran dan penghayatan nilai murni patriotisme secara berterusan. Memandangkan kurangnya penghayatan dan sikap tidak kisah sesetengah orang kepada sejarah negara dan bangsa tercinta. Bahkan sejarah tokoh-tokoh pejuang silam, ulamak-ulamak Melayu dalam membela bangsa, mempertahankan tanahair, menentang kezaliman dan di dalam dakwah Islamiah dilupakan dan tidak diketahui ramai orang. Walhal mereka menjadi nadi penggerak bagi kebangkitan semangat patriotisme demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.

2.1.13 Pertubuhan Bersifat Perkauman
Seterusnya, Malaysia masih menghadapi masalah pertubuhan yang bersifat perkauman. Generasi muda menyertai pertubuhan-pertubuhan yang berasakan perkauman. Ini juga menjadi faktor penghalang untuk proses perpaduan kebangsaan di negara ini. Kewujudan pertubuhan ini telah pun wujud di Malaysia sejak zaman kolonial lagi seperti Malay Club, Chinese Club dan Indian Club atau Ceylonese Club. Bahkan, sebahagian besar pertubuhan perkauman ini telah melangkaui batasan-batasan toleransi atau bertindak ekstrem demi memelihara kepentingan kaum sendiri. Meskipun pertubuhan ini tidak bermotifkan politik, namun tindakan mereka memperoleh sokongan yang kuat daripada etnik mereka sendiri. Kesannya generasi muda pelbagai bangsa akan berpecah belah dan tiada toleransi sesama kaum.

2.1.14 Ibubapa Sebagai Arkib Negara
  Tidak dapat dinafikan pendidikan awal bagi generasi mendatang bermula dari pendidikan di rumah. Ibu bapa bukan hanya memainkan peranan membesarkan anak-anak dan menyediakan kemudahan pendidikan seawal membaca dan menulis tetapi juga perlu menitik semangat dan rasa cinta pada negara dihati anak-anak. Amat menyedihkan kerana kita sukar untuk mendengar mana-mana ibu bapa yang sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Usaha ini amat kecil namun mempunyai impak yang amat besar. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Bahkan juga, ibu bapa sepatutnya bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali, Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air bahkan menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan.
Mereka perlu memberitahu anak-anak mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah. Kesannya jika generasi muda tiada penerapan awal lagi dari rumah mereka maka keruntuhan cintakan negara akan semakin berkurang dan pupus ditelan zaman dan harus permodenan. Selain itu, mereka juga tidak dapat membezakan keadaan hidup dalam pascamerdeka.

2.2 IMPAK GENERASI MUDA KURANG SEMANGAT PATRIOTISME

            “Patriotisme semakin hilang dalam kalangan generasi muda. Justeru itu, usaha-usaha pemupukan perlu dilakukan oleh orang-orang dewasa untuk menghidupkan dalam sanubari generasi muda tentang patriotisme. Patriotisme adalah unsur penting dalam menghidupkan semangat perpaduan dan kesatuan arah-tuju negara.” – Tun Dr. Mahathir.

            Petikan diatas adalah merupakan kebimbangan yang pernah dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam satu ucapan beliau ketika masih menjadi perdana menteri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa generasi muda adalah merupakan tunjang utama ke arah menentukan hala tuju negara. Kebimbangan ini jelas ada kesahihannya kerana impak dari kurangnya semangat kecintaan yang mendalam dalam jiwa anak bangsa terhadap negara adalah amat besar.
            2.2.1 Peminggiran Bahasa Melayu
            Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996 telah mewartakan secara jelas tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu. Era globalisasi yang ditandai dengan era teknologi tanpa sempadan merupakan cabaran kepada bahasa Melayu. Kekuatan semangat kecintaan kepada negara dalam usaha untuk keluar menjadi pemain dunia, memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan ilmu supaya tidak menjadi buih dalam lautan samudera yang luas.
Dek kerana kealpaan dan kurang rasa kecintaan terhadap tanah air, generasi muda tidak melihat isu bahasa sebagai isu negara. Oleh itu, isu bahasa Melayu dilihat sebagai isu perjuangan ahli bahasa dan orang Melayu sahaja. Tambahan pula, sikap dan mentaliti rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu telah tamat dengan termaktubnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Rentetan daripada itu, proses untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden terus akan terhenti. Sebaliknya, bahasa Melayu akan terus terpinggir dan ketulenan bahasa Melayu terus dirobek oleh penguasaan bahasa pasar atau bahasa rojak.
2.2.2 Lenyapnya Warisan Tradisional dan Kebudayaan Kebangsaan
Pembangunan sesuatu bangsa dan negara itu tidak dapat dipisahkan daripada pengukuhan warisan tradisi dan ciri-ciri budaya tempatan yang berwarna-warni. Menyedari bahawa yang moden dan yang tradisional itu pula hakikatnya mempunyai hubungan dialektikal dan saling mengisi di antara satu sama lain, justeru elemen-elemen warisan tidak harus diketepikan kerana ia merupakan sumber kekuatan yang paling ampuh untuk mencapai wawasan negara.
Persoalan yang mungkin timbul berkaitan dengan ini ialah siapakah yang bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan martabat kebudayaan kebangsaan. Kita sedar bahawa tugas menyambung tradisi dan warisan ini digalas oleh generasi muda pada masa kini. Namun, kita juga sedar bahawa harapan ini akan hanya tinggal harapan, sekiranya anak-anak bangsa yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas, yang memiliki berbagai bentuk ketrampilan dan kemahiran tidak bersedia menyumbangkan tenaga bakti dan pemikiran untuk memajukan tanah leluhur mereka. Warisan persuratan yang dihasilkan oleh para penulis negara pada masa lampau merupakan sumber maklumat yang sangat berguna untuk mengkaji sejarah intelektual bangsa. Kealpaan dalam mengekalkan warisan persuratan dan sikap tidak endah akan khazanah peninggalan ahli-ahli fikir dari satu zaman ke satu zaman pastinya melahirkan generasi yang ketandusan idea dan inspirasi untuk membangunkan masyarakat. Impaknya, masyarakat yang tandus khazanah terpaksa menimba khazanah daripada masyarakat lain untuk mendapatkan asas-asas pemikiran yang boleh dijadikan sebagai landasan perkembangan sejarah intelektual masyarakatnya.
Masyarakat bangsa Melayu sebenarnya kaya dengan khazanah dan warisan intelektual peninggalan nenek moyang mereka. Bangsa Melayu bukan bangsa yang miskin dengan tradisi intelektualnya. Dari sejak zaman tradisi lagi, khazanah persuratan bangsa ini telah didapati dalam bentuk cerita-cerita rakyat, syair dan pantun, cerita-cerita mitos dan legenda, kisah nabi-nabi, cerita-cerita penglipur lara, juga dalam kumpulan kata-kata hikmat, peribahasa dan sastera sejarah. Pada zaman dahulu, anak-anak seawal umur 3 tahun cukup terkenal dengan permainan tradisional. Permainan ini juga berkait rapat dengan adat turun-temurun, bahkan juga dapat menyelami jiwa-jiwa zaman dahulu. Perkara yang menyedihkan adalah generasi muda masa kini tidak mempunyai rasa bangga dan kagum dengan khazanah persuratan bangsa ini. Impaknya, warisan ini terus lenyap dan dipinggirkan.
2.2.3 Perubahan Nilai Moral
Apa yang membimbangkan sekarang ialah wujudnya gejala kurang sihat yang menular dalam kalangan generasi muda sehingga tidak mungkin memiliki idealisme, citra diri atau self image, rasa cinta yang luhur pada negara dan tidak dapat meneropong masa depan dengan realistik. Kebobrokan moral dunia yang dibawa arus globalisasi menjadikan perubahan nilai-nilai moral menjadi tidak dapat dielakkan. Gejala ini diakibatkan oleh hebatnya arus informasi yang tidak dapat dibendung oleh dinding-dinding ketahanan diri anak bangsa. Manusia haruslah menjadi faktor utama dalam pembangunan negara. Martabat manusia harus diletakkan di tempat yang sewajarnya dalam segala bentuk pembangunan. Kelahiran generasi muda yang lemah jati diri, tidak mahu memajukan diri dan tidak endah akan nasib bangsa dan negara walau dihenyak oleh faktor luar adalah antara impak jelas kurangnya semangat patriotisme.
Budaya masyarakat masa kini yang semakin kurang mengambil perhatian terhadap keadaan sekeliling ekoran daripada kecanggihan teknologi. Hal ini berlaku disebabkan rakyat mula membina kelincahan minda apabila wawasan 2020 diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada tahun 1991. Apabila rakyat mula melihat teknologi sebagai salah satu aspek kehidupan yang penting untuk berurusan maka pelbagai teknologi canggih mula menguasai masyarakat seperti kewujudan sistem telekomunikasi yang canggih iaitu penggunaan telefon bimbit, perkembangan komputer dan gajet hiburan berteknologi tinggi. Namun begitu, bukan semua generasi muda mampu memahami idea dan tujuan utama wawasan ini diutarakan. Ekoran proses globalisasi yang memuncak, generasi muda mula giat mengejar populariti dan lebih suka menghabiskan masa dengan melayari laman sosial dan permainan alam maya. Kesinambungan daripada itu menjadikan masyarakat mula berada dalam kelompok individualistik yang mendorong ke arah masyarakat yang kurang berkomunikasi sesama sendiri dan kurang prihatin terhadap isu-isu tentang negara. Justeru itu, ini telah menjadikan kurangnya rasa cinta yang mendalam terhadap negara kerana tidak dibajai dengan aktiviti yang lebih menjurus kepada budaya mencintai negara.
2.2.4 Ketidakstabilan Keselamatan Negara
Impak yang lebih besar akan terjadi terhadap negara apabila generasi masa kini tidak lagi mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap negara adalah apabila berlaku ketidakstabilan keselamatan negara, tidak akan ada lagi rakyat yang berjiwa patriotik yang sanggup menggadaikan nyawa demi negara tercinta. Maka akan hancurlah sesebuah negara disebabkan tiada perasaan cinta, tiada perasaan sayang dan tiada perasaan jiwa bangsa dalam mempertahankan negara. Negara juga akan jatuh di mata dunia dan tiada lagi kebanggaan yang diagung-agungkan serta akan lupuslah kemakmuran dan keamanan negara seperti zaman selepas kemerdekaan dahulu.
Sesuatu yang sangat memilukan ialah sesetengah warganegara yang menunjukkan sikap tidak kisah dan tidak peduli terhadap nusa dan bangsa kerana hakisnya nilai patriotisme dalam diri masing-masing. Sikap sedemikian tidak menguntungkan kepada negara dan merugikan apabila negara dalam keadaan terdesak ditimpa kesusahan, bencana dan seumpamanya. Lantaran perlunya kesedaran dan penghayatan patriotisme bagi anjakan paradigma kepada perubahan sikap dan pemikiran. Dengan demikian bagi pemupukan nilai-nilai patriotisme demi kemaslahatan sejagat dan kepada negara.
Akibat daripada lunturnya semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda masa kini menyebabkan pelbagai gejala tidak sihat berlaku dalam negara malah ia akan menjejaskan kestabilan sesebuah negara. Berdasarkan kajian yang dibuat, masalah disiplin remaja yang semakin meruncing juga akibat daripada makin terhakisnya semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Menurut Rokiah Haji Ismail (2000), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan laporan tentang salah laku pelajar remaja. Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia 1991 menyatakan bahawa sesetengah pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah, malah terdapat segelintir yang terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mengambil dadah, memeras ugut, kongsi gelap, cabul kehormatan, tunjuk perasaan dan bertaruh.
Menurut Abdul Rahim (1999), semangat cintakan negara merupakan asas ketahanan dan kekuatan diri yang penting dan perlu disemai serta dihayati oleh golongan remaja supaya mereka lebih komited, berani dan yakin untuk menghadapi pelbagai cabaran demi mempertahankan bangsa dan negara. Beliau juga menegaskan jika kelunturan semangat patriotisme ini dibiarkan berlaku nescaya ia akan membawa padah yang buruk kepada pembangunan sosial dan ketahanan negara keseluruhannya. Ini kerana patriotisme menjadi salah satu unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen rakyat terhadap bangsa dan negara yang mana ia dapat membentuk rakyat supaya hidup berjasa kepada negara. 
2.2.5 Maruah Negara Tergadai
Apabila kecintaan terhadap negara tiada dalam diri, maka tiadalah perasaan semangat patriotik di dalam diri. Hal ini akan menyebabkan maruah diri dan maruah negara lumpuh dan senang diperkotak-katik oleh negara luar. Kehormatan dan maruah negara juga berada “bagai telur dihujung tanduk”, seperti apabila berlaku perpecahan antara rakyat dan negara tidak mustahil sukar untuk menyatukannya semula dan kemungkinan keamanan dan kehormatan yang dirasai sebelum ini akan dicemar dengan pendatang dari negara luar yang ingin mengambil kesempatan terhadap negara kita. Seterusnya, perkara ini akan menjurus kearah penjajahan negara luar terhadap negara kita. Jika sekali lagi negara kita terjajah maka akan sukarlah untuk berada kembali dalam keadaan seperti hari ini dan maruah negara turut tergadai dan terkubur. 
2.2.6 Ekonomi Negara Merudum
Impak dari segi ekonomi, dapat diambil iktibar daripada negara kita yang pernah dijajah pada masa dahulu, jika rakyat tidak mempunyai semangat cintakan negara tidak mustahil keadaan itu akan berulang kembali. Dalam keadaan begitu, sudah tentu ekonomi akan sukar untuk dibangunkan semula apabila dipegang oleh bangsa asing. Kemiskinan sudah pasti akan berlaku akibat daripada kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, keperluan dan sebagainya. Perniagaan juga susah beroperasi dan mungkin tidak dijalankan kerana kuasa ekonomi telah dimonopoli oleh penjajah. Apabila segala perniagaan dan perdagangan jual beli tidak beroperasi, maka kerugian besar akan melanda dan sekaligus menyebabkan ekonomi negara merudum dan mata wang negara juga jatuh. Perniagaan bersama negara luar juga tidak boleh dijalankan dan menyebabkan kerugian berlipat kali ganda yang  akan ditanggung oleh negara.
2.2.7 Hilang Sensitiviti
Selain itu, golongan muda ini perlu berhati-hati apabila menggunakan media sosial sebagai madah untuk bersantai, ini kerana apabila leka dengan media tersebut, pemikiran golongan ini akan mudah  dijajah dengan anasir luar. Ini akan mengakibatkan golongan ini tiada semangat untuk mencintai Negara. Bahkan mungkin tidak akan menyambut hari kemerdekaan yang di buat pada setiap 31 Ogos setiap tahun. Kita boleh lihat, pada zaman sekarang, orang ramai makin berkurang menyambut hari kemerdekaan. Malah tidak ramai memasang, memacak bendera di kediaman masing-masing.
Aspek yang paling ketara sekali apabila lagu “NEGARAKU” berkumandang. Adakah golongan ini akan berhenti, berdiri tegak dan memberi penghormatan. Kebanyakkan tidak sama sekali. Malah, pernah terjadi satu kes dimana seorang lelaki kaum Cina menyindirkan lagu “NEGARAKU” dengan menukarkan tajuk berkenaan dengan “NEGARAKUKU”. Malah liriknya juga sangat menyakiti hati rakyat Malaysia.  Selain itu, pernah juga di luar Negara, iaitu di Taiwan, apabila semua pelajar dalam kelas tersebut mengambil gambar bersama Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.. Ini lah akibatnya apabila tiada semangat kecintaan terhadap negara. Golongan muda telah hilang sensitiviti terhadap kaum, agama dan negara.           
2.2.8 Asas Kenegaraan Bertambah Longgar
Hari ini sudah terdapat tanda-tanda semangat patriotisme tidak begitu membara dan semakin terhakis dari jiwa generasi muda. Pemahaman dan penghayatan terhadap sejarah tanah air dan penghayatan terhadap asas-asas kenegaraan yang cetek dan longgar adalah antara punca lemahnya semangat patriotisme mereka. Cabaran globalisasi turut menyumbang kepada kemerosotan semangat patriotisme. Proses globalisasi menyebabkan berlakunya asakan liberalisasi dalam kehidupan masyarakat hari ini. Falsafah liberalisme mendukung konsep kebebasan individu tanpa kekangan sehingga menyuburkan nilai individualistik, materialistik dan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda.
Dalam kalangan pendukungan politik liberal pula, sejarah dan warisan negara tidak lagi bermakna bagi mereka. Perlembagaan yang mengandungi ciri-ciri tradisi dan warisan serta ‘kontrak sosial’ mahu terus dirobek semata-mata mahu membuka ruang yang terlalu liberal sehingga menggugat perpaduan dan keutuhan negara. Nilai liberalisme menjadikan sebahagian besar generasi muda hari ini menjadi keliru mengenai mana yang baik dan mana yang buruk. Ada pihak berpendapat kehidupan yang serba senang dan mewah dinikmati oleh generasi muda hari ini juga menjadi faktor. Pendapat ini ada benarnya kerana kemajuan ekonomi dan pelbagai kemajuan sosial, kemajuan internet dengan pelbagai bentuk media sosial, lambakan pelbagai barangan berjenama bersifat global serta lambakan pelbagai bentuk hiburan yang bersifat global menjadikan generasi muda alpa tentang kepentingan patriotisme serta peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara.
                2.2.9 Pemimpin Dari Kalangan Penyangak
Era awal pasca kemerdekaan, rata-rata rakyat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, mempamer semangat sayangkan negara yang tinggi dengan mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun semangat itu semakin merapuh sedikit demi sedikit pada zaman ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisasi merentasi sempadan sehingga membuka ruang kepada anasir yang mampu merosakkan Negara. Usia manusia tidak berkurang bahkan semakin meningkat. Para pemimpin yang ada pada hari ini tidak akan bertahan lama dan akan diganti pemimpin baharu . Pengantinya sudah semestinya anak-anak muda hari ini. Anak muda yang kita lihat pada zaman sekarang kualitinya semakin merosot. Bilangan mereka pula bukannya kecil, namun kualiti yang terbaik susah untuk dicari.
Jika kita perhatikan pada zaman yang serba moden dengan penuh kecanggihan, segelintir anak muda amat mudah mempercayai fitnah terhadap kerajaan, terikut-ikut dengan dakyah politik, menghentam pihak pemimpin dari belakang, memburukkan nama kerajaan yang adil, menyebarkan fitnah atau khabar angin palsu sehingga ke satu tahap anak muda ini menyertai perhimpunan haram, tunjuk perasaan dan sebagainya yang menyasarkan pihak kerajaan. Keadaan seperti ini jelas memberi kesan yang buruk kepada negara. Ini akan mempengaruhi tanggapan masyarat di negara luar, mereka memandang serong kepada negara kita kerana tidak mampu melahirkan dan memimpin generasi muda seiring dengan kejayaan pembangunan yang diagung-agungkan di negara kita. Apabila modal insan berkualiti kurang maka negara ketandusan bakal pemimpin berwibawa. 
2.2.10 Hilang Krediabiliti Dimata Dunia
Sebagai seorang remaja dan generasi Z amat sedih melihat generasi muda hari ini . Masing-masing leka dengan maksiat dan hiburan, pergaulan bebas, ucapan dan perkataan yang tidak terjaga, tiada sikap hormat menghormati orang tua dan sebagainya. Kesannya negara luar tidak akan menghormati mahupun memandang tinggi kepada negara kita lagi. Mereka akan menganggap Malaysia adalah sebuah negara yang mundur dan hanya terikut-ikut dengan anasir-anasir buruk dari luar. Kemajuan dan ekonomi negara akan merundum dan akan sekaligus mengakibatkan negara menghadapi kerugian yang amat besar.
Khususnya kepada generasi muda, kemajuan kebendaan, budaya wang dan keghairahan kepada gaya hidup mewah menguatkan nilai dan sikap individualistik di kalangan remaja belia dan ini memberi kesan langsung terhadap nilai-nilai kolektif dan patriotisme mereka. Kesannya mereka akan sanggup menggadai maruah diri dan negara semata-mata hanya ingin memenuhi kehendak mereka sendiri.
2.2.11 Masalah Dalaman Negara
Agenda diplomatik dan politik Malaysia telah berkembang secara meluas dengan peralihan masa. Para diplomat zaman ini harus menangani berbagai-bagai isu daripada menghindar berlakunya konflik, gerakan terhadap pengganas antarabangsa, pasaran dadah haram, isu wanita dan pelarian. Oleh itu, kesannya jika generasi muda sekarang ini tidak mempunyai semangat kecintaan kepada negara maka isu-isu besar mahupun kecil susah untuk ditangani bahkan akan timbulnya masalah pengkhianat bangsa dan negara. Tambahan pula, peperangan dan pergaduhan sesama rakyat juga boleh berlaku hingga menyebabkan negara menjadi huru-hara dan tidak selamat.
2.2.12 Generasi Muda Lemah Subjek Sejarah
Malang sekali apabila generasi muda terutama para pelajar hari ini menganggap mata pelajaran sejarah tidak sepenting mata pelajaran sains dan matematik kerana tidak mempunyai nilai komersialnya. Sejarah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman oleh para pelajar dan tidak begitu sesuai pada zaman millenium ini. Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para pemimpin pada zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan generasi muda kepada negara. Dengan mengetahui dan memahami sejarah akan dapat melahirkan generasi muda Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tulen, jitu dan luhur kepada negara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tanggapan yang salah dalam pembelajaran sejarah seperti inilah yang perlu diperbetulkan oleh guru-guru, para pensyarah dan pemimpin negara agar kita tidak menjadi satu bangsa hanyut yang hanya tinggal nama sahaja kerana kesedaran sejarah adalah pra-syarat kepada patriotisme. Orang yang tidak mengetahui dan memahami sejarah, sukar menjiwai semangat patriotisme. Tambahan pula, negara akan musnah dari dalam sekiranya generasi muda tidak bekerjasama meskipun negara telah mengoperasikan sistem pertahanan canggih.

KESIMPULAN

            31 Ogos 2015 yang akan menjelang tidak lama lagi menandakan Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-58. Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan angka 58 kerana tempoh negara kita dijajah lebih lama daripada itu , namun jasa dan pengorbanan pejuang tanah air merangkumi pahlawan , pemimpin malah anak bangsa yang berjuang bermati-matian mencari erti kebebasan wajar dihargai .  Tetapi bagaimana untuk menghargai jasa mereka? Hargailah kemerdekaan dengan usaha untuk mengekalkannya bersama. Namun, situasi pada hari ini terbalik. Ini kerana boleh kata ramai golongan muda zaman sekarang akan tergagap-gagap untuk menyebut nama Perdana Menteri 1-5. Itu baru Perdana Menteri, belum di ambil kira pahlawan-pahlawan yang sanggup mempertahankan tanah air seperti Tok Janggut, Rentap, Abdul Rahman Limbong, dan lain-lain. Hakikatnya, patriotisme menuntut kita menjadi warga yang serius berfikir mengenai survival bangsa dan tanah air. Patriotisme menjadikan kita lebih sensitif terhadap ancaman musuh sama ada yang datang dari dalam mahupun dari luar. Semangat patriotisme macam inilah yang menjadikan kita sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Patriotisme semakin hilang dalam kalangan generasi muda. Justeru itu, usaha-usaha pemupukan perlu dilakukan oleh semua pihak untuk menghidupkan dalam sanubari generasi muda tentang patriotisme. Patriotisme adalah unsur penting dalam menghidupkan semangat perpaduan dan kesatuan arah-tuju negara. Jika perkara ini tidak dititik beratkan maka kemungkinan besar negara akan mengalami kejatuhan disebabkan kurangnya sifat sayangkan negara dalam kalangan generasi muda yang akan menyambung titik peluh nenek moyang mereka.
Kesimpulannya, patriotisme adalah nilai kenegaraan yang penting. Ia bukan hanya sekadar kata-kata atau slogan semata-mata tetapi ia perlu dihayati sepanjang masa. Ia menuntut persiapan generasi muda menghadapi segala cabaran demi mempertahankan kemerdekaan, kebebasan, kedaulatan, maruah dan kelangsungan tanah air. Justeru, tema Hari Kemerdekaan ke-58 tahun ini diharapkan akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat di negara tercinta ini. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

RUJUKAN
1.      Ku Hasnan Ku Halim. (2009) Darjat Tidak Datang Bergolek: Langit Mana Patut Dijunjung. Parit Raja. Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
2.      Dato’ Dr. Hassan Ahmad. (2006) Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, Shah Alam. Alaf 21 Sendirian Berhad.
3.      Saifuddin Abdullah. (2013) Memacu Transformasi. Shah Alam. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
4.      Zam Ismail, Zainal Abidin Borhan. (2008) Abdul Ghani Othman Pembangunan Holistik: Dimensi Kebudayaan. Petaling Jaya. MPH Group Publishing Sdn. Bhd.
5.      Nazri Muslim, Jamsari Alias. Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.      Ismail Haji Ibrahim. (2009). Sekilas Pandang. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Norhanizah Ismai. (pnyt). Bulat Air Kerana Pembetung, Gejala kehidupan malam semakin membimbangkan, hlmn 155-159. Melentur Buluh Biar dari Rebungnya, Kemampuan pelajaran bukan milik kaum tertentu, hlmn103-107. Kuala Lumpur:  Yayasan Ilmuwan.
7.      Mohamed Aanwar Omar Din. (2004) Dinamika Bangsa Melayu: Menongkah Arus Globalisasi.  Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.      Shamsul Amri Baharuddin. (1993) Masyarakat Malaysia Dan Alam Sosialnya.  Kuala Lumpur
9.      Ishak Bin Saat. (2006) Sejarah Sosiobudaya Melayu.Selangor: Karisma Publications Sdn Bhd.
10.  Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
11.  Affifuddin Omar. (2002). Dasar bahasa dan budaya Malaysia tidak konsisten. Berita Harian, 22 Ogos 2002.
12.  Fahda Nur A. Kamar. (1995). Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13.  Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan : Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8- 12 Oktober 2001
14.  Ramlah Adam (penytg), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka, 2004,
15.  Fahda Nur A. Kamar. (1995). Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16.  Buku Generasi Muda menangani cabaran, 2004
17.  Harian Metro 2010.
18.  http://www.sukarelawanmalaysia.com/v1/artikel-teks-pembentangan/33-generasi-muda-dan-patriotisme.html
19.  http://thebobodoll.blogspot.com/2010/08/adakah-teknologi-menyebabkan-semangat.html
20.  http://www.scribd.com/doc/56293945/Semangat-Patriotisme#scribd
21.  http://www.scribd.com/doc/12828979/Patriotisme#scribd
22.  http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html
23.  https://books.google.com.my/books?id
24.  http://worldofmalaysiamilitary.blogspot.com/2013/02/generasi-muda-hari-ini-tidak-patriotik.html
25.  http://ir.uitm.edu.my/4193/1/LP_ABDULLAH@KASSIM_MOHAMAD_02_24.pdf

26.  http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130812/re_06/Hilang-partriotisme-tercemarlah kesejahteraan-bangsa-dan-negara

No comments:

Post a Comment